Powered By Blogger

Monday, December 26, 2011

Bermimpi Akan Haiwan @ Binatang


Bermimpi Akan Haiwan @ Binatang

Mimpi melihat binatang berekor.
Alamat sangat baik. Anda akan bergembira kerana segala kesukaran akan terhapus.

Mimpi melihat seekor binatang liar didalam sangkar.
Alamat akan mendapat warisan yang banyak.

Jika bermimpi melihat kambing yang terlalu banyak menandakan pekerjaan anda akan memperoleh rezeki yang halal.
Sekiranya bermimpi naiki kuda atau unta, anda akan memperoleh kemuliaan dan kebajikan serta cita-cita anda akan dimakbulkan Allah.
Bermimpi naik gajah anda akan dipermuliakan orang dengan kebesaran.
Jika bermimpi membunuh gajah anda akan dihormati dan memperoleh kebahagian di dunia dan akhirat.
Jika bermimpi melihat gajah berjuang alamatnya orang-orang besar akan berkelahi sesama sendiri.

Jika bermimpi harimau datang kepada anda alamatnya anda akan memperoleh kehinaan. Sekiranya bermimpi anda ditangkap harimau, alamatnya anda akan diperdayakan orang.
Jika bermimpi melihat babi atau anaknya menandakan orang itu melakukan pekerjaan terkutuk. Sebaliknya jika bermimpi membunuh babi atau tikus anda akan menunaikan haji atau memperoleh pahala haji.
Jika bermimpi pelanduk atau kijang datang kepada anda alamatnya anda akan memperolehi isteri yang jahat.
Jika bermimpi lebah bersarang dalam telaga atau sarangnya jatuh dalam telaga menandakan anda akan dipermuliakan orang
Bermimpi memandikan binatang menandakan seseorang itu akan sakit atau mendapat kebinasaan atau kehilangan sesuatu.
Jika bermimpi melihat terlalu banyak ayam di bawah rumah anda atau di dalam kampung anda akan beroleh orang gaji atau hamba yang baik
Bermimpikan ayam sabung menyambung menandakan anak lelaki anda akan berkawan dengan orang baik

Jika anda bermimpi bermain dengan burung hantu di rumah atau berhampiran dengan rumah anda menandakan ahli keluarga anda akan meninggal dunia
Sekiranya anda bermimpi
burung merak datang kepada anda lalu anda tangkapnya menandakan anda akan memperoleh kekayaan atau mendapat anak lelaki.
Jika bermimpi
burung terbang ke rumah anda kemudian terbang ke rumah orang lain menandakan anda akan berduka cita.
Bermimpi
burung putih datang ke rumah menandakan anda akan memperoleh isteri yang budiman atau mendapat rezeki.
Bermimpi
mencari burung alamatnya anda akan mendapat keuntungan dan dimurahkan rezeki.
Jika bermimpi lebah, lalat atau nyamuk terlalu banyak alamatnya orang ramai akan berhijrah ke tempat anda
Jika bermimpi menunggang naga menandakan semua kehendak diperoleh
Jika bermimpi dililit ular seluruh badan menandakan sesuatu yang buruk akan berlaku.
Jika bermimpi dipatuk ular seseorang itu akan mendapat suami atau isteri

Bermimpi kutu atau hama melekat di badan atau pakaian menandakan anda akan mendapat bencana.
Bermimpi disengat binatang bisa menandakan anda akan mendapat kecelakaan
Bermimpi memukat ikan alamatnya anda akan menjadi kaya atau mendapat keuntungan yang berlipat kali ganda.

No comments:

Post a Comment