Negeri Kelantan telah
menerima kedatangan dua orang Wali daripada keturunan Ahlul-bait iaitu
Syed Hussein Jamadil Kubra dan Shaikh Tanauddin. Daripada ketutunan
inilah lahir Wali Songo (Wali 9) dan keturunan Nik/Wan di negeri
Kelantan dan seluruh Asia tenggara.
Keturunan ini juga pengasas
kepada kesultanan Melayu di Nusantara, termasuk Brunei dan di Selatan
Filipina. Sejarah lengkap terlalu panjang, fokus kepada kerajaan
Kelantan sahaja.
Seperti yang kita tahu, takdir telah
menentukan keturunan Nabi Muhammad telah dizalimi, dibunuh dan mereka
ini lari hingga ke India (wilayah Deccan). 7 orang daripada mereka telah
belayar ke TIMUR (mereka ini Wali 7) untuk menyambung tugas-tugas
dakwah pada masa itu.
2 orang daripada mereka belayar dan
singgah di Kelantan. Syed Hussein Jamadil Kubra memulakan dakwah di
Kelantan dan berkahwin dengan puteri raja Kelantan pada masa itu.
Maksudnya: Dari Abdullah bin Mas’ud dia berkata: “Ketika kami berada di
sisi Rasulullah SAW, tiba-tiba datang sekumpulan anak muda dari
kalangan Bani Hasyim. Apabila terpandang akan mereka, maka kedua mata
Rasulullah SAW berlinang air mata dan wajah baginda berubah. Aku pun
bertanya, “Mengapa kami melihat pada wajahmu sesuatu yang tidak kami
sukai?”
Baginda menjawab, “Kami Ahlul Bait telah Allah pilih
untuk kami Akhirat lebih dari dunia. Kaum kerabatku akan menerima
bencana dan penyingkiran selepasku kelak
.
Mereka meminta kebaikan tetapi tidak diberikannya. Maka mereka pun
berjuang dan beroleh kejayaan lalu diberikanlah apa yang mereka minta
itu tetapi mereka tidak menerima sehinggalah mereka menye rahkannya
kepada seorang lelaki dari kaum kerabat ku yang memenuhi bumi dengan
keadilan sebagai mana ia dipenuhi dengan kedurjanaan. Siapa di antara
kamu yang sempat menemuinya maka datangilah mereka walaupun merangkak di
atas salji. Sesungguhnya dia adalah Al Mahdi.”
(Riwayat Ibnu Majah) (Lihat kitab Al Hawi lil Fatawa, m.s. 71-72)
Beliau adalah tokoh yang terpenting di Nusantara. Terlalu penting
sehingga nama beliau DIPADAMKAN oleh British dan DIPADAMKAN DARIPADABUKU
SEJARAH DI SEKOLAH.
1. Sayyid Hussein Jamadil Kubra dikatakan sebagai datuk kepada Wali Songo.
2. Adik beliau merupakan Adi Putera, Guru Hang Tuah.
3. Keturunan beliau ialah Sultan Brunei sekarang.
4. Keturunan beliau adalah Sultan Kelantan sekarang.
5. Beliau dikaitkan dengan pembinaan Masjid Kampung Laut.
6. Keturunan beliau di Kelantan memakai gelaran Tengku, Nik dan Wan.
7. Beliau ketua Wali 7.
8. Beliau menetap agak lama di Kelantan sebelum meneruskan misi dakwah
bersama-sama Wali Songo di Jawa. Bukit Panau di Tanah Merah Kelantan
merupakan tempat pertapaan beliau dan tempat Wali Songo berkumpul
sebelum ke Jawa.
Saiyid Hussein Jamadil
Kubra dari keturunan Saiyid al-Alawiyah (bertemu hingga kepada Saiyidina
Hussein cucu Rasulullah s.a.w.) anak dari bekas seorang gabenor kepada
Sultan Muhammad Tugluq (Kesultanan Delhi) yang kemudian berkuasa di
wilayah Deccan (India Selatan); telah sampai di Kelantan kira-kira pada
tahun 1349 Masihi besama adiknya Saiyid Thana'uddin atau Syekh Saman
(anak murid kepada Ibnu Hajar). Sudah menjadi takdair bahawa keturunan
Rasulallah dizalimi, ditindas, dibunuh dan merantau meninggalkan Kota
Mekah untuk menyelamatkan diri masing-masing.
Sepanjang misi
dakwahnya Saiyid Husein sempat mengawini tiga puteri keluarga Diraja
Empayar Chermin (Kelantan Purba) yang sewaktu itu ibu kotanya bernama
'Jiddah' terletak 3 batu dari Bukit Panau. Kota tersebut telah terbenam
ke dalam bumi dan ditenggelami oleh air, kini dikenali sebagai Danau Tok
Uban.
Anak sulong beliau, Maulana Malik Ibrahim (Sunan
Gresik) merupakan pelopor dan ketua Wali Songo. Maulana Malik Ibrahim
merupakan anak Saiyid Husein hasil perkahwinan dengan Puteri Linang
Cahaya (adik kepada Cik Wan Kembang). Siapa sangka bahawa Wali Songo
adalah anak buah (anak saudara) Cik Wan Kembang yang tersohor di
Kelantan itu.
Salah seorang anak beliau, dihantar untuk
berdakwah ke Borneo dan diangkat menjadi Sultan di Brunei bergelar
Sultan Berkat yang merupakan nenek moyang raja-raja Brunei sekarang.
Inilah jawapan kepada Misteri kenapa Sultan Brunei telah membina sebuah
masjid yang cantikdan besar di gigi tasik Danau Tok Uban, sedangkan
tempat ini 'tersorok' dan orang kelantan sendiri ramai yang tidak tahu
kewujudan tasik yangagak luas sayup mata memandang.
Shaik
Thanauddin pula menetap di Bukit Panau (Tanah Merah, Kelantan) sebagai
tempat pertapaannya yang mana di sinilah Laksamana Hang Tuah datang
untuk berguru semasa usia awal remaja sekitar tahun 1400. Pada zaman
dahulu kala, Bukit Panau merupakan landmark bagi pelaut antarabangsa
kerana bentuknya yang unik seperti piramid itu dapat dilihat dari laut
ketika berada di perairan Laut China Selatan. Pada zaman dahulu, Bukit
Panau diakses melalui Sungai Kelantan yang cuma disebelahnya.
Kapal-kapal mudah sahaja melalui Sungai Kelantan yang luas itu. Inilah
perkampungan Wali Songo dan tempat di mana mereka merancang dakwah di
Tanah Jawa. jangan keliru, sebenarnya Bukit Panau ini bersebelahan
sahaja dengan tasik Danau Tok Uban dan Masjid Sultan Brunei. Anjung
Masjid Sultan Brunei di Tasik Danau Tok Uban di Pasir Mas Kelantan.
Semua informasi yang disampaikan oleh Wonbin ini agak menarik tetapi
terlalu banyak informasi yang perlu dikaji selidik. Masalahnya data
sejarah kita tak lengkap, hanyalah melalui cerita lisan. Kalau adapun
penulisan seharusnya dalam tulisan jawi dan penulisannya tidak boleh
sewenang-wenangnya diambil tanpa dikaji asal-usul naskah tersebut.
Mungkin ini semua boleh terlerai jika diperincikan dan dibuat satu
kajian perbandingan dengan sejarah di Jawa dan juga tulisan Arab dan
China. Sudah tentulah sejarah2 sebegini tidak disimpan oleh pihak
kolonial, kalau tidak pastinya sudah ditimbulkan oleh Mubin Sheppard dan
Richard Winsteadt.
Selain Kota Salor, Kota Jelasin dan Puteri
Saadong, aku juga terpanggil untuk mencari hubungan Puteri Saadong
dengan kerajaan Perak. Negeri Perak sebenarnya telah wujud pada zaman
pra sejarah lagi. Kota Tampan di Lenggong merupakan satu-satunya kawasan
yang terbukti wujudnya Zaman Batu Lama di Tanah Melayu. Bertolak dari
tarikh antara 4 ratus hingga 8 ribu tahun sebelum masihi, Negeri Perak
telah mengalami evolusi dari masa ke masa.
Selepas zaman ini, alam persejarahan Negeri Perak telah maju
setapak lagi dengan wujudnya kerajaan-kerajaan tempatan seperti Manjung
di Daerah Dinding dan Beruas (wujud setelah Manjung luput).
Begitu juga beberapa kerajaan lagi di Perak Tengah dan Ulu seperti Tun
Saban dan Raja Reman(Reman ini asalnya adalah sebahagian daripada
Kerajaan Pattani Besar sbelum ianya berpecah-pecah). Serentak dengan itu
Islam mula bertapak kukuh di negeri ini.Titik sejarah Negeri Perak
sebenarnya bermula dengan penabalan Sultan Muzaffar Syah l yang
berketurunan dari Sultan Mahmud Syah Melaka pada tahun l528. Walaupun
zaman Kesultanan Negeri Perak telah muncul tetapi kuasa-kuasa tempatan
masih diakui berkuasa. Corak pemerintahan yang dijalankan adalah urutan
dari sistem feudal di Melaka yang berdemokrasi.
Negeri Perak
lebih dikenali setelah kekayaan buminya diketahui iaitu ekoran dari
penemuan bijih timah di Larut pada tahun l848 oleh Long Jaafar. Di
kelantan dan Pattani juga mempunyai keturunan raja-raja yang memakai
gelaran yang sama sehingalah Raja Kelantan di zaman Kelantan moden Long
Yunus. Pendekata ini tidak mustahil. Apalagi bila Pattani dikatakan
terhubung dengan Perak dan kedah dan adanya Sunga Petani yang seharusnya
dipanggil Sungai Pattani, merujuk kepada sejarah.
Kota Jelasin
terletak kira-kira 4.8 kilometer dari Bandar Kota Bharu. Kota ini
terkenal semasa di bawah pemerintahan Cik Siti Wan Kembang dari tahun
1548 sehingga 1580. Kota Jelasin dibuka pada tahun 1663 dan dibina
dengan kayu-kayu tebal serta diukir dengan baiknya oleh tukang-tukang
ukir yang masyhur. Kubu-kubu pertahanan dibina berhampiran dengan kota
tersebut. Parit-parit digali dengan dalamnya serta timbunan tanah yang
tebal dibuat sebagai benteng pertahanan.
Semasa pemerintahan
Puteri Saadong, kota ini bertambah maju dan kota ini dijadikan sebagai
kubu pertahanan negeri Kelantan daripada serangan dan ancaman luar.
Mengikut sejarah, Kota Jelasin pernah diserang oleh Raja Siam disebabkan
iri hati dengan kemajuan Kota Jelasin. Akhirnya, Kota Jelasin binasa
dan Puteri Saadong juga menghilangkan diri. Semenjak itu berita daripada
Puteri Saadong tidak diketahui dan keadaan Kota Jelasin semakin
kucar-kacir tanpa pemerintah.
Kini Kota Jelasin hanya dikenali
dengan nama Kota sahaja. Kesan peninggalan kota lama itu hampir lenyap
kerana kurang perhatian untuk memeliharanya dan kawasan sekitar kota
tersebut kini ditumbuhi belukar.
RAJA ABDULLAH (1663-1671)
Makam Raja Abdullah yang terletak di Kampung Padang Halban, Kota Bharu.
Raja Abdullah adalah suami kepada Puteri Saadong
Raja Abdullah adalah putera kepada Raja Bahar. Baginda telah
dikahwinkan dengan sepupunya Puteri Saadong, Puteri kepada Raja Loyor
oleh Paduka Cik Siti Wan Kembang. Perkahwinan ini adalah untuk
mengelakkan angkara dari Raja Siam yang juga berhasrat untuk
memperisterikan Puteri Saadong.
Selepas istiadat perkahwinan
tersebut, Paduka Cik Siti Wan Kembang telah menabalkan Raja Abdullah
menerajui Kota Tegayung. Perkahwinan ini juga secara tidak langsung
telah menamatkan sejarah pemerintahan di Jembal. Kemudiannya Cik Siti
Wan Kembang telah meninggalkan Kota Tegayung. Kota yang baru ini
dinamakan Kota Jelasin (sekarang Kampung Kota, Kota Bharu). Kota Jelasin
juga kemudiannya diserahkan kepada Raja Abdullah dan Puteri Saadong.
Pemerintahan Raja Abdullah dan Puteri Saadong tidak lagi berpusat di
Jembal tetapi di Kota Jelasin. Besar kemungkinan kuasa pemerintahan Raja
Abdullah ini meliputi kerajaan Jembal. Andaian ini berdasarkan kepada
keadaan di Jembal yang tidak mempunyai pemerintah selepas kemangkatan
Raja Loyor dalam tahun 1663.
Dalam tahun 1671 baginda Raja
Abdullah telah mangkat. Baginda dikatakan mati ditikam oleh isteri
baginda Tuan Puteri Saadong dengan penyucuk sanggul dalam satu
pergaduhan di Kota Mahligai. Pergaduhan ini berpunca daripada sikap
marah Tuan Puteri Saadong terhadap suaminya Raja Abdullah yang tidak
setia terhadap janji.
Baginda Raja Abdullah telah dimakamkan di Padang Halban, dalam daerah Melor kira-kira 17 km dari bandar Kota Bharu.
BUKIT MARAK, PERINGAT, KOTA BHARU
Pemandangan di sekitar Bukit Marak :
Tempat ini dipercayai merupakan tempat istirehat lagenda Puteri Saadong.
Di sebelah kirinya ialah Sekolah Menengah Bukit Marak..
Batu-batu timbul yang menarik terdapat di Bukit Marak
yang sering dikunjungi oleh pelawat-pelawat
dan ahli-ahli kaji sejarah.
Bukit Marak terletak kira-kira 20 km daripada bandar Kota Bharu.
Menurut sejarah, Cik Siti Wan Kembang, pernah bersemayam di sini sewaktu
Pengkalan Datu menjadi pelabuhan yang penting sekitar tahun 1605.
Bukit Marak juga menjadi tempat bersemayam Puteri Saadong selepas
kemangkatan suaminya Raja Abdullah dalam tahun 1761M. Kota Mahligai yang
menjadi pusat pemerintahan pada masa itu telah diserahkan kepada Raja
Abdul Rahim yang ditabal menggantikan Raja Abdillah.
Semasa
berada di Bukit Marak, Puteri Saadong amat disayangi oleh rakyat jelata
kerana kemurahan hati baginda. Baginda sering menjadi tempat rakyat
jelata meluahkan perasaan terhadap kezaliman yang dilakukan oleh Raja
Abdul Rahim. Peristiwa ini membuat baginda sering berdukacita dan
akhirnya menyebabkan baginda memencilkan diri ke Gunung Ayam.
Hingga kini kesan-kesan peninggalan Tuan Puteri Saadong di Bukit Marak
masih lagi dapat dilihatnya. Antaranya kesan-kesan istana tempat baginda
bersemayam dan bahagian bawahnya pula terdapat satu kawasan yang
dipercayai tanah perkuburan pengikut-pengikut baginda.
Daripada maklumat yang didapati ternyata Kota Salor mempunyai
dua cerita yang berbeza, satunya ia diserang oleh Siam dan satu lagi
ianya diserang oleh Sultan Muhamad Mulut Merah, iaitu Sultan Muhamad II,
bapa kepada Long Ghafar. Kedua-duanya merujuk kepada abad yang berbeza,
mungkin juga kedua-dua peristiwa tersebut terjadi pada zaman yang
berbeza, tetapi pada zaman Sultan Muhamad II Kota tersebut lenyap atau
dilenyapkan kerana kekuasaannya serta usahanya menghapuskan raja-raja
kecil yang ada diseluruh negeri.
(Brikut petikan dari:
http://pkrjk.blogspot.com/2007/07/sejarah-kerabat-raja-jembal-kelan...)
JEMBAL DALAM LIPATAN SEJARAH Pengenalan
•Negeri Kelantan terletak di pesisir Pantai Timur Semenanjung.
•Menjadi tumpuan pedagang berulang alik dari timur dan barat.
•Kedudukannya yang strategik, menyebabkan wujudnya kerajaan yang besar di situ yang
mengawal aliran perdagangan dan politiknya.
•Salah sebuah kerajaan yang masyhur di abad ke 17 dan 18 ialah Kerajaan Jembal.
Sejarah Awal Kelantan •Sejarah awal Kelantan sukar dikesan.
•Ada pendapat mengatakan Kelantan sudah wujud diabad yang pertama lagi dengan panggilan ‘Medang Kemulan’.
•Dalam abad ke 5, Kelantan dikenali dengan nama’Kalatana’ atau ‘Tanah Kala’.
•Catatan Shen Yao (414 – 512) ada menyebut negeri ‘Ho-lo-tan’ atau ‘Kou-lo-tan’.
Kelantan Abad Ke 15 •Tahun 1411 Kelantan diperintah oleh Raja Kumar (Islam).
•Menjalinkan hubungan dengan negeri Cina.
•Sultan Iskandar memerintah sehingga tahun 1465.
•Tahun 1465 Sultan Mansur menggantikan ayahyandanya yang mangkat.
•Tahun 1477, Kelantan diserang oleh Melaka di bawah Sultan Mahmud Syah.
•Sultan Mahmud Syah akhirnya berkahwin dengan puteri Sultan Mansur.
•Tahun 1526 Raja Gombak menggantikan Sultan Mansur.
Kelahiran Cik Siti Wan Kembang •Cucu Raja Gombak iaitu Raja Ahmad berkahwin dengan Cik Banun Puteri Sri Nara D’Raja iaitu
sepupu Raja Hussin.
•Baginda dikurniakan seorang puteri bernama Cik Wan Kembang.
•Sultan Ahmad mangkat ketika Cik Wan Kembang berusia 4 tahun.
•Raja Hussin dari Johor dilantik sebagi pemangku raja.
Kerajaan Cik Siti Wan Kembang •Tahun 1610, Raja Hussin mangkat.
•Cik Wan Kembang ditabal menjadi raja.
•Pusat Pentadbiran di Gunung Cinta Wangsa, Ulu Kelantan.
•Kerajaan Cik Wan Kembang sangat masyhur.
•Ramai pedagang datang berniaga, termasuk dari Arab.
•Orang-orang Arab memanggil baginda dengan panggilan ‘Paduka Cik Siti’.
•Dari situ baginda lebih dikenali dengan nama ‘Cik Siti Wan Kembang’.
Asal-usul Kerajaan Jembal •Kerajaan Jembal diasaskan oleh Raja Besar.
•Raja Besar dikatakan dari keturunan Raja Bersiung yang memerintah Kedah abad 14.
•Raja Besar dan pengikut-pengikutnya mencari tempat yang sesuai untuk dijadikan negeri.
•Baginda mendirikan sebuah kota di tepi sungai Babong, di Pulau Melaka.
•Di situ terdapat satu pokok ‘jambu jembal’ yang besar.
•Lalu baginda menamakan tempat itu ‘JEMBAL’.
Pertabalan Raja Sakti •Tahun 1638, Raja Besar menabalkan Raja Sakti sebagai penggantinya.
•Raja Sakti dikurniakan 7 orang anak iaitu;
~ Raja Adiluddin (Raja Loyar)
~ Raja Bahar (Raja Udang)
~ Raja Omar (Raja Ekok)
~ Raja Sungai
~ Puteri Sayu Bari
~ Puteri Unang Melor
~ Puteri Cempaka Bongsu
Kelantan Di Bawah Raja Loyar •Tahun 1649 Raja Loyar ditabalkan sebagai raja memerintah Jembal.
•Raja Bahar dilantik sebagai Bendahara.
•Raja Omar sebagai Raja Muda.
•Raja Sungai sebagai Temenggong.
•Raja Loyar sangat dikasihi oleh rakyatnya.
•Baginda dikatakan mempunyai sifat kesaktian dengan berdarah putih, tulang tunggal, bulu
roma songsang, lelangit hitam, lidah fasih dan air liur masin.
Hubungan Dengan Kerajaan Cik Siti Wan Kembang •Di bawah Raja Loyar, kerajaan Jembal bertambah maju dan makmur.
•Hubungan dengan kerajaan Cik Siti Wan Kembang adalah baik.
•Raja Loyar mempunyai 2 orang cahaya mata, iaitu seorang putera (meninggal) dan seorang
puteri bernama Puteri Mariam.
•Puteri Mariam lebih dikenali sebagi Puteri Saadong.
•Cik Siti Wan Kembang telah mengambil Puteri Saadong sebagai anak angkat.
•Puteri Saadong dihadiahkan dua ekor anak kijang untuk dijadikan mainan.
•Hingga sekarang gambar 2 ekor kijang dijadikan lambang kebesaran Kerajaan Negeri Kelantan.
Perkahwinan Puteri Saadong dengan Raja Abdullah •Puteri Saadong termasyhur dengan kecantikannya.
•Raja Prasat Thong dari Siam menghantar utusan untuk meminang Puteri Saadong.
•Namun pinangan itu ditolak.
•Puteri Saadong lalu dikahwinkan dengan sepupunya Raja Abdullah.
•Raja Abdullah telah mendirikan sebuah kota yang dinamakan ‘Kota Jelasin’ (Kg. Kota
sekarang).
•Cik Siti Wan Kembang, Raja Abdullah dan Puteri Saadong telah membuka
penempatan baru di Kg. Chetok yang dikenali sebagi ‘Tanah Serendah
Sekebun Bunga’.
•Di sini Cik Siti Wan Kembang gering, lalu dibawa ke Gunung Cinta Wangsa dan meninggal di
sana.
•Setelah itu seluruh Kelantan diperintah oleh Raja Loyar.
Peperangan Dengan Angkatan Siam •Raja Siam marah di atas perkahwinan Puteri Saadong dengan Raja Abdullah.
•Baginda menghantar angkatan menyerang Kota Jelasin.
•Raja Abdullah berundur ke Melor dan membina ‘Kota Mahligai’ di sana.
•Angkatan Siam mara pula ke Melor.
•Kerana sayangkan nyawa rakyat, Puteri Saadong menyerah diri dan dibawa ke Ayudhiya.
Kemangkatan Raja Loyar •Ketika Puteri Saadong berada di Siam, ayahanda Raja Loyar telah mangkat.
•Jenazah banginda dimakamkan di Jembal iaitu bersebelahan SMK Raja Sakti sekarang.
•Adinda baginda Raja Omar ditabal menjadi raja dengan gelaran Sultan Omar
Puteri Saadong Berangkat Pulang •Setelah kembali dari Siam, Puteri Saadong mendapati ayahandanya telah mangkat.
•Puteri Saadong terus ke Kota Mahligai.
•Sepeninggalan Puteri Saadong, Raja Abdullah telah berkahwin dengan anak pembesar negeri.
•Satu pertengkaran telah berlaku.
•Raja Abdullah mangkat setelah tertikam penyucuk sanggul Puteri Saadong.
•Jenazah baginda dimakamkan di Kampung Padang Halban, dekat Melor.
Pemerintahan Raja Abdul Rahim •Tahun 1671, Raja Abdul Rahim, adinda Raja Abdullah, dilantik memerintah di Kota Mahligai.
•Puteri Saadong berpindah ke Bukit Marak.
•Pemerintahan Raja Abdul Rahim sangat zalim.
•Ramai rakyat datang mengadu kepada Puteri Saadong.
•Tahun 1673, Puteri Saadong berpindah ke Gunung Ayam untuk mengasingkan diri.
Kemangkatan Raja Abdul Rahim •Raja Omar dari Jembal menghantar anaknya Raja Kecil Sulong untuk menyelesaikan masalah
di Kota Mahligai.
•Salah seorang pengikut Raja Kecil Sulong berjaya menikam Raja Abdul Rahim di tepi Tasik
Lelayang Mandi.
•Baginda mangkat di situ.
Kegemilangan Kelantan Di Bawah Sultan Omar •Kelantan amat maju di bawah Sultan Omar.
•Baginda dapat menyatukan Kelantan di bawah satu pentadbiran.
•Baginda membuat lawatan ke seluruh jajahan negeri.
•Membuka satu kawasan tanaman padi yang luas di Padang Jembal, Bachok.
•Mengadakan hubungan dengan negara luar seperti Pattani, China dan Jawa.
•Juga dengan negeri jiran seperti Terengganu.
•Baginda dikurniakan 5 orang putera puteri; Raja Kecil Sulong, Raja Pah, Raja Sakti III, Raja Ngah dan Raja Nah.
Kedatangan Anak Raja Pattani •Tahun 1686, tiga orang anak Datu Pengkalan Tua, Raja Pattani datang mengadap Sultan Omar.
•Mereka ialah;
~ Tuan Sulong (Long Sulong)
~ Tuan Senik (Long Senik)
~ Tuan Besar (Long Bahar)
•Long Bahar dikahwinkan dengan anakanda baginda, Raja Pah.
•Yang lain dikahwinkan anak pembesar negeri.
•Sultan Omar membina Kota Senang yang kemudiannya diserah kepada Raja Pah dan suaminya.
Sultan Omar Mangkat •Sultan Omar memerintah selama 46 tahun.
•Baginda mangkat pada tahun 1721
•Jenazah baginda dimakamkan berhampiran Kota Seneng.
•Sekarang dikenali sebagai Kg Senenag.
•Belindan makam baginda dipercayai didatangkan dari Negeri Cina.
Raja Kecil Sulong •Sultan Omar diganti oleh anakanda baginda Raja Kecil Sulong.
•Raja Kecil Sulong membina sebuah kota yang dinamakan ‘Kota Teras’.
•Kota ini diperbuat daripada teras kayu tembesu.
•Baginda memerintah 5 tahun sahaja.
•Mangkat pada tahun 1725 dalam usia yang muda.
Peranan Raja Pah •Putera Raja Kecil Sulong yang bernama Raja Abdul Rahman masih kecil.
•Raja Pah telah mempengaruhi pembesar negeri supaya suaminya Tuan Besar / Long Bahar dilantik menjadi Sultan.
•Dengan itu tertolaklah hak Raja Abdul Rahman.
•Long Bahar telah berpindah dari Kota Seneng ke Kota Jembal.
•Apabila Long Bahar mangkat, anakanda baginda Long Sulaiman dilantik memerintah Kelantan.
•Dari keturunan Long Sulaiman inilah datangnya salasilah kesultanan Kelantan hari ini.
Jembal Hari Ini •Nama Jembal kekal sehingga tahun 1922 sahaja.
•Tempat itu telah berubah kepada nama Kedai Lalat dengan secara tidak dirancang.
•Pekan tersebut dikunjungi oleh ramai penjual dan pembeli dalam masa yang singkat sahaja (*seperti lalat).
•Kerana itu pekan ini dinamakan Kedai Lalat.
•Suasana itu kekal hingga ke hari ini.
Usaha Mempertabatkan Keturunan Jembal •Keturunan Jembal tersebar di seluruh negeri Kelantan.
•Terdapat juga di Kedah, Perak, Pahang, Terengganu dan lain-lain negeri.
•Mereka memakai berbagai gelaran; Raja, Tengku, Ku, Tuan dan Nik.
•Ada juga yang mengugurkan gelaran nama itu.
•Tahun 1991, PKRJK ditubuhkan bagi mempertabatkan dan menyatukan semula anak cucu Raja Jembal.
•AJK membuat lawatan dan memberi penerangan di merata tempat dan ceruk rantau bagi merealisasikan usaha murni ini.
•PKRJK juga telah berjaya mengembalikan nama pekan kecil ini dan daerah sekitarnya kepada ‘KOTA JEMBAL’.
sumber
http://svarnabhumi.blogspot.com/2009_04_26_archive.html S
alasilah: Keturunan Sayyid Hussain Jamadil Kubra Posted: Mei 8, 2009 by PakNik
http://keluarganik.wordpress.com/2009/05/08/salasilah-keturunan-say...
Sayyid Hussain Jamadil Kubra adalah tokoh yang kerap disebut namanya
ketika membicarakan tentang keturunan Nik dan Wan di kepulauan Melayu.
Salasilah beliau adalah Sayyid Hussain bin Sayyid Ahmad Shah Jalal
al-Khan bin Sayyid Abdullah Khan bin Sayyid Abdul Malik al-Azhamat Khan
bin Sayyid Alawi bin Sayyid Muhammad Sahib al-Mirbat bin Sayyid Ali
Khali’ Qasam bin Sayyid Alawi bin Sayyid Muhammad bin Sayyid Alawi bin
Sayyid Ubaidillah bin Sayyid Ahmad al-Muhajir bin Sayyid Isa al-Rumi bin
Sayyid Muhammad al-Naqib bin Sayyid Ali al-Uraidhi bin Imam Jaafar
al-Sadiq bin Imam Muhammad al-Baqir bin Imam Ali Zainul Abidin bin
Sayyidina Hussain bin Sayyidah Fatimah al-Zahra binti Sayyidina Muhammad
Rasulullah. Ini adalah berdasarkan salsilah
Tok Pulau Manis Ayahanda beliau Sayyid Ahmad Shah dikatakan adalah bekas Gabenor di dalam kerajaan Sultan Muhammad Tughlaq.
Sayyid Hussain Jamadil Kubra dikhabarkan tiba di Kelantan pada tahun
1349M bersama adinda beliau Sayyid Thana’ullah atau dikenali juga
sebagai Shaykh Saman, anak murid kepada Imam Ibnu Hajar,
Menurut salasilah tersebut, Sayyid Hussain Jamadil Kubra mempunyai tiga
orang putera iaitu Maulana Malik Ibrahim, Maulana Ibrahim Akbar dan
Sayyid Ali Nurul Alam.
Dari keturunan Maulana Malik Ibrahim dan
Sayyid Ali Nurul Alam lah lahirnya para Wali Songo seperti Sunan Ampel,
Sunan Bonang, Sunan Gunung Jati, Sunan Kalijaga, Sunan Giri, Sunan
Darajat, Sunan Kudus dan Sunan Muria.
Saya tertarik juga dengan
salasilah waliyullah Tok Pulau Manis di atas kerana disebut bahawa dari
keturunan Sayyid Ali Nurul Alam lah lahirnya Wan Demali, Wan Hussein
Telok Manok, Wan Senik, Wan Biru dan lain-lain.
Salasilah Sayyid Hussain Jamadil Kubra yang pernah saya simpan mempunyai sedikit perbezaan dengan salasilah di atas.
Anda boleh juga melihat
laman web tentang keturunan kesultanan Melayu di Kepulauan Melayu.
Sumber :
TuanTabal.org Ahlul Bait Nusantara Misi Saiyid Hussien Jamaluddin Kubra di Nusantara. 11 Februari 2010 – 23:29
Peranan Kelantan (Kerajaan Langkasuka) sebagai pusat Majapahit Barat
(atas deklarasi Mahapatih Gadjah Mada setelah Majapahit mengalahkan Siam
pada tahun 1357) yang kemudian berkembang menjadi Empayar Chermin
banyak memberi sumbangan terhadap perkembangan Islam di Nusantara.
Empayar Chermin adalah koalisi sementara antara Kerajaan Langkasuka
dengan Kerajaan Champa (Vietnam) dan Kerajaan Samudera-Pasai (Aceh) yang
dibentuk selepas tahun 1335 oleh Raja Langkasuka-Kelantan ketika itu
yang bernama Raja Bharubhasa atau dikenali sebagai Sultan Mahmud Syah
setelah memeluk Islam melalui ulama dari Pasai.
Saiyid Hussein
Jamadil Kubra dari keturunan Saiyid al-Alawiyah (bertemu hingga kepada
Saiyidina Hussein cucu Rasulullah s.a.w.) anak dari bekas seorang
gabenor kepada Sultan Muhammad Tugluq (Kesultanan Delhi) yang kemudian
berkuasa di wilayah Deccan (India Selatan), telah sampai di Kelantan
kira-kira pada tahun 1349 besama adiknya Saiyid Thana’uddin atau Syeikh
Saman (anak murid kepada Ibnu Hajar).
Sepanjang misi dakwahnya
Saiyid Hussein sempat mengawini tiga puteri keluarga Diraja Empayar
Chermin yang ketika itu, ibu kotanya bernama ‘Jeddah’ terletak 3 batu
dari Bukit Panau, Kelantan Darul Naim. Jeddah bermaksud permata.
Dari isteri Saiyid Hussein Jamadil Kubra yang pertama, Puteri Linang
Cahaya (adik kepada Cik Siti Wan Kembang) dia mendapat dua orang anak,
yang lelaki bernama Maulana Malik Ibrahim (pelopor Wali Songo) dan yang
perempuan bernama Siti Aisyah.
Perkahwinan Saiyid Hussein
Jamadil Kubra dengan Ramawati puteri kepada Raja Champa, Sultan Zainol
Abidin (Ce Bo Nga) dan Permaisuri Siti Zubaidah pula melahirkan generasi
yang tersenarai di dalam kumpulan Wali Songo dari titisan anak mereka,
Ibrahim Asmaro.
Sewaktu umurnya hampir 80 tahun Saiyid Hussein
telah dipertemukan jodoh dengan Puteri Selindong Bulan atau Siti
Syahirah iaitu cucu saudara kepada isterinya yang pertama, Puteri Linang
Cahaya dan beroleh seorang anak lelaki bernama Ali Nurul Alam yang
kemudiannya nanti menjadi Perdana Menteri Majapahit II di Kelantan
bergelar Patih Aria Gajah yang dikaitkan dengan beberapa peristiwa
dengan Laksamana Hang Tuah. (Di Patani, Ali Nurul Alam terkenal dengan
nama Sultan Qunbul setelah dilantik menjadi sultan di Patani Darussalam)
Syarif Muhammad Kebungsuan adalah anaknya yang bungsu dari isterinya
yang ke empat (keluarga Diraja Johor) yang kemudian terkenal sebagai
pembangun Kesultanan Mindanao/Sulu (Filipina), sementara salah seorang
dari abangnya menjadi Sultan Borneo yang ke-3 bergelar Sultan Berkat,
moyang raja-raja Brunei sekarang.
Ke empat-empat isteri yang
dikahwini Saiyid Hussein Jamadil Kubra itu ialah selepas tiap-tiap
seorang daripadanya meninggal dunia.
Pada awal abad ke-14
Ibrahim Asmaro dihantar oleh ayahnya Saiyid Hussein Jamadil Kubra ke
Tanah Jawa membantu serta menyambung usaha-usaha dakwah abangnya Maulana
Malik Ibrahim yang meninggal dunia pada tahun 1419 dan dimakamkan di
Gerisek, Tuban.
Turut serta ialah dua orang anak Ibrahim
Asmaro, iaitu Maulana Rahmatullah dan Maulana Ishak meninggalkan Champa
dan kemudiannya berhijrah ke Patani Darussalam.
Mungkin inilah
pelayaran wali-wali dari Champa yang dikaitkan atau mempunyai hubungan
dengan pembinaan Masjid Kampung Laut di Kelantan. Masjid Kampung Laut
adalah masjid yang tertua di Kelantan dan rekabentuk atapnya menyerupai
rekabentuk atap Masjid Agung Demak.
Melalui firasat Saiyid
Thana’uddin yang menjadi guru kepada cucu saudaranya Sunan Bonang dan
Sunan Giri (juga guru kepada Laksamana Hang Tuah yang terkenal dengan
gelaran Sang Adi Putra), Masjid Kampung Laut, Kelantan telah diramal
akan mencetuskan kebangkitan Islam di Nusantara
Raja Empayar
Chermin, Sultan Baki Syah ibni al-Marhum Sultan Mahmud Syah telah
menyusul bersama satu rombongan keluarga Diraja Kelantan menemui Bentara
Majapahit Hayam Wuruk untuk memperbetulkan amalan Islam yang sudah
bercampur baur dengan agama Buddha Shiva setelah Hayam Wuruk berkahwin
dengan anak saudaranya Bidarawati (puteri Raja Champa). Beberapa orang
mubaligh yang dibawanya kemudian meninggal dunia dan dimakamkan di
Leran.
Sebagai membuka tirai dakwah Islam di Tanah Jawa,
Maulana Malik Ibrahim muncul sebagai perintis atau pelopor yang memberi
laluan kepada wali-wali yang datang kemudiannya. Dengan tidak ada
perbezaan kasta dan darjat seruan dakwahnya lebih disenangi di kalangan
kasta-kasta Vaisya dan Sudras. Banyaklah kalangan mereka yang datang
untuk mendapat pengajian selok-belok mengenai agama Islam.
Kehilangan Maulana Malik Ibrahim diganti oleh anak saudaranya, Maulana
Rahmatullah yang memakai gelaran Sunan Ampel. Jika Maulana Malik Ibrahim
dianggap sebagai pencipta pondok (pesantren) yang pertama maka Maulana
Rahmatullah adalah perancang negara Islam yang pertama di Tanah Jawa.
Maulana Ishak yang banyak membantu abangnya Sunan Ampel tidak
ketinggalan meninggalkan jasanya. Daerah Balambangan hampir dibawanya
tunduk di bawah Islam kalau tidak kerana perancangan mertuanya Raja
Menak Sembayu yang bertekad hendak membunuhnya. Beliau akhirnya
berhijrah ke Pasai (Aceh) dan Melaka merupakan destinasi yang
terakhirnya.
Anaknya Raden Paku (Sunan Giri) telah membangunkan
Giri sebagai pasak yang membawa tertegaknya Kerajaan Islam Demak.
Sebagai markas gerakan dakwah yang pertama di Jawa, Giri juga
memperlengkapkan gerakan mujahid yang tidak ada tolok bandingnya di
samping mubaligh-mubaligh yang berkerja keras menyatukan Pulau Madura,
Bawaen, Kangean, Ternate dan Maluku di bawah panji-panji Islam.
Walaupun kedatangan Raja Kemas Jiwa atau Sang Ajit Jaya Ningrat (putra
kedua kepada Raja Chermin, Sultan Baki Syah) ke Jawa hanya semata-mata
bermotifkan politik tetapi melalui ikatan perkahwinannya dengan Puteri
Suhita (cucu Hayam Waruk), dia telah melembutkan hati Ratu Majapahit itu
untuk menyerahkan Ampeldenta dan Gerisek menjadi sebahagian daripada
wilayah Giri. Raja Kemas Jiwa memakai gelaran Sultan Iskander Syah
Nenggiri apabila ditabalkan menjadi Sultan Kelantan setelah kematian
abangnya Sultan Sadik Muhammad Maulana Nenggiri.
Semasa Sultan
Iskander Syah Nenggiri menjadi Raja Kelantan dan bergelar Bentara
Majapahit pada 1432 Masihi, baginda telah mengisytiharkan negeri
Kelantan sebagai Majapahit II. Sampai ke hari ini keris kedaulatan
negeri Kelantan dipanggil Keris Majapahit. Kerajaan Kelantan-Majapahit
II ini lenyap setelah diserang oleh Empayar Melaka (dibawah Sultan
Mahmud) pada tahun 1490 setelah Majapahit II lemah akibat peperangan
dengan Siam sebelumnya.
Satu kejutan yang telah berlaku
sehingga memutuskan nadi Kerajaan Hindu-Majapahit apabila Demak muncul
sebagai Kerajaan Islam yang dicita-citakan. Desa Glagah Wangi bertukar
wajah, Bintoro Demak mewujudkan ketandaan ‘rahmat’ apabila Raden Patah
menjadi pemerintah bergelar Sultan Sri (Syah) Alam Akbar al-Fatah.
Penyebaran Islam di Jawa Tengah sebelah selatan, daerah yang sekarang
dinamakan Surakarta dan Yogyakarta diterokai oleh seorang anak murid
Sunan Kalijaga, Kiai Ageng Pandanarang atau disebut Sunan Tembayat.
Pemilihan Sunan Tembayat sebagai menggantikan tempat Syeik Siti Jenar
(yang menerima hukuman bunuh oleh wali-wali kerana mendedahkan
rahsia-rahsia ketuhanan) pada mulanya diragui oleh persidangan para wali
kerana bekas Bupati Semarang ini ialah seorang yang kehidupannya
dikelilingi kemewahan dunia malah tidak mempercayai Tuhan, tetapi
kemudiannya menjadi seorang yang cukup patuh kepada ajaran agama Islam
dan sangat alim.
Melalui anak-anak Ali Nurul Alam (Perdana
Menteri Kelantan-Majapahit II) iaitu Wan Husein, Wan Bo dan Wan Demali,
Kelantan sekali lagi telah meyumbangkan mubaligh-mubalighnya di dalam
menyambung tugas-tugas Maulana Malik Ibrahim (bapa saudara mereka) dan
membantu Sunan Ampel (sepupu mereka) di Gerisek dan Maulana Ishak di
Pasai (Aceh).
Wan Husein dihantar ke Pulau Madura. Wan Bo ke
Pasai (Aceh) dan Wan Demali ke kawasan Johor-Riau (Pulau Bentan). Dari
sinilah Wan Demali mendapat jolokan Raja Laksamana Bentan.
Generasi Wan Bo (Syarif Abdullah) telah berjaya menegakkan dua buah
Kerajaan Islam Banten dan Ceribon di mana anaknya Syarif Hidayatullah
atau Sunan Gunung Jati telah dapat menyempurnakan cita-cita datuknya
Saiyid Hussein Jamadil Kubra.
Kejayaan para wali dalam
perjuangan dakwah mereka mencapai tahap yang gilang gemilang di mana
Indonesia lahir sebagai negara yang majoritinya beragama Islam.
Turut mendukung di atas kejayaan ini ialah Sunan Bonang, Sunan Drajat,
Sunan Kudud dan Sunan Muria yang disenaraikan dalam kumpulan ‘Wali
Songo’ manakala Sunan Prowoto, Sunan Dalem, Syeikh Sutabris (salah
seorang guru Sunan Kalijaga) dan lain-lain lagi merupakan watak-watak
sampingan yang peranan mereka juga tidak boleh dianggap sepi.
Dengan ini dapatlah disimpulkan bahawa peranan Champa dan Pantai Timur
Semenanjung Tanah Melayu (Kelantan-Patani) dianggap begitu penting dalam
penyebaran Islam di Nusantara khususnya di Indonesia.
http://berandamadina.wordpress.com/2010/02/11/misi-saiyid-hussien-j...