Keracunan
Pengenalan?
Racun ialah bahan yang boleh mencedera atau membunuh organisma hidup apabila
diambil dalam dos yang kecil.
Keracunan merujuk kesan-kesan yang terjadi akibat memakan atau menyedut bahan
bertoksik seperti racun perosak, bahan-bahan kimia merbahaya, ubat-ubatan, gas
beracun dan sebagainya.
Setiap keracunan yang berlaku perlu dipandang serius. Sesetengahnya memerlukan
perhatian segera iaitu pertolongan kecemasan sebelum mendapatkan bantuan
perubatan. Periksa label pada bekas racun untuk mengetahui bentuk pertolongan
cemas yang boleh diberikan. Tindakan pantas di waktu ini amat penting. Setelah itu
hubungilah Pusat Kawalan Racun Tempatan, pegawai perubatan atau unit kecemasan
untuk rawatan selanjutnya.
Terdapat pelbagai jenis keracunan yang boleh berlaku seperti keracunan bahan kimia,
keracunan racun perosak, keracunan makanan, keracunan karbon monoksida,
keracunan plumbum dan sebagainya. Jenis-jenis keracunan yang utama akan
dibincangkan dalam topik ini.
Apakah tanda-tanda keracunan?
• Tanda-tanda yang perlu diperhatikan dalam kes-kes keracunan yang disyaki
ialah:
ƒ Bau atau kesan luar biasa pada kulit atau pakaian mangsa
ƒ Bau nafas yang luar biasa
ƒ Rasa mengantuk, sakit perut, muntah, berpeluh, meleleh air liur,
iritasi/perengsaan, tanda-tanda ketakutan atau perubahan kelakuan lain
yang mendadak.
ƒ Bekas bahan kimia atau ubat-ubatan yang didapati terbuka atau berada
di tempat yang tidak sepatutnya.
Apakah gejala-gejala keracunan?
Setiap kumpulan bahan kimia bertindak ke atas tubuh manusia dengan cara yang
berbeza-beza. Gejala-gejala umum keracunan boleh dibahagikan kepada tiga kategori,
merangkumi perkara-perkara berikut:
1Keracunan ringan
• Sakit kepala
• Kelesuan
• Terasa lemah
• Pening kepala
• Rasa gelisah
• Berpeluh
• Loya
• Cirit-birit
• Hilang selera makan
• Berat badan menurun
• Dahaga
• Mudah naik angin
• Sakit-sakit sendi
• Kerengsaan kulit
• Kerengsaan di mata
Keracunan sederhana
• Loya yang teruk
• Cirit-birit yang teruk
• Pengeluaran air liur yang berlebihan
• Kekejangan otot perut
• Berpeluh dengan banyak
• Menggigil
• Otot tersentak-sentak dan koordinasi otot terjejas
2• Rasa lemah yang amat sangat
• Kekeliruan fikiran
• Penglihatan yang kabur
• Kesukaran bernafas
• Batuk
• Denyutan nadi yang cepat
• Muka merah atau kulit kelihatan kekuningan
• Mata berair
Keracunan teruk
• Demam
• Dahaga yang amat sangat
• Peningkatan kadar pernafasan
• Sentakan otot yang tidak terkawal
• Mata hitam mengecil
• Sawan
• Tidak dapat bernafas
• Tidak sedarkan diri
• Kesukaran bernafas
Pertolongan cemas di rumah ?
Situasi-situasi di bawah boleh dirawat di rumah sebelum bantuan perubatan diperolehi:
Racun dalam mata
Selaput mata menyerap racun dengan cepat. Ini akan menyebabkan mata menjadi
rosak dalam beberapa minit sahaja.
• Curahkan mata anda dengan air suam (jangan sekali-kali menggunakan air
panas) yang banyak, yang dituang dari gelas air yang besar dari jarak 2 . 3 inci
dari mata.
3• Teruskan melakukannya selama 15 minit. Kedipkan mata sekerap mungkin
semasa membasuh. Jangan membuka kelopak mata anda secara paksa dan
jangan menggosokkan mata.
• Jika tidak terdapat air suam, cuci mata dengan cepat menggunakan aliran air
yang perlahan dari getah paip untuk sekurang-kurangnya 15 minit.
Racun pada kulit
Jika kulit anda tersentuh racun, ia perlu dibersihkan secepat mungkin.
• Tanggalkan pakaian yang terkena racun dan dedahkan bahagian yang terkena
racun di bawah laluan air yang banyak selama 10 minit.
• Kemudian basuh bahagian berkenaan dengan cermat menggunakan sabun dan
air dan bilaskannya. Setelah itu musnahkan pakaian yang terkena racun itu.
• Bagi kulit yang luka terbakar akibat terkena bahan kimia, bilas bahagian yang
terlibat dengan air yang banyak. Tanggalkan pakaian mangsa dan tutup
bahagian yang cedera dengan kain yang bersih dan lembut. Jangan sapukan
sebarang salap atau minyak pada bahagian yang tercedera.
Racun yang disedut
Racun yang disedut amat merbahaya kerana kerosakan yang boleh berlaku kepada
organ paru-paru atau tisu-tisu badan yang lain.
• Kurangkan risiko pendedahan terhadap diri anda kepada racun berkenaan dan
pindahkan mangsa ke kawasan yang berudara segar.
• Longgarkan pakaian mangsa.
• Minta pertolongan seseorang untuk mendapatkan bantuan perubatan dengan
segera.
• Jika mangsa tidak bernafas, berikan bantuan pernafasan (hubungkan dengan
artikel mengenai bantuan pernafasan dan CPR) dan terus melakukannya
sehingga mangsa bernafas semula atau bantuan perubatan tiba.
• Buka semua tingkap dan pintu untuk mengeluarkan wasap racun supaya orang
lain tidak turut terlibat menyedut wasap beracun tersebut.
Pelbagai jenis racun boleh ditelan
• Lihat ke dalam mulut mangsa dan keluarkan semua pil, serbuk atau sebarang
bahan yang mungkin berada di dalam mulutnya.
• Periksa mulut mangsa bagi mengesan luka-luka, luka terbakar, bengkak, bau
atau warna yang luar biasa.
• Cuci dan lap mulut dengan kain.
4• Jika mangsa sedar dan boleh menelan, beri mangsa minum setengah gelas air.
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai keracunan tertentu, tekan butang-butang yang
berkenaan&
Apa yang patut dilakukan bagi mendapatkan bantuan?
Hubungi Pusat Racun Negara atau doktor anda. Perkenalkan diri dan hubungan anda
dengan pesakit. Berikan nombor telefon anda; nyatakan nama, umur dan jantina
pesakit. Jika boleh, cuba mengenal pasti racun yang terlibat sebaik mungkin dengan
meneliti bekas racun atau racun itu sendiri. Cuba jelaskan jenis racun, masa dan jumlah
racun yang diambil. Terangkan status atau keadaan pesakit ketika itu dan bersedia
untuk menjawab sebarang soalan tambahan yang mungkin disoal. Patuhi nasihat yang
diberikan oleh pegawai Pusat Racun Negara atau doktor anda.
Bagaimana mencetuskan muntah?
Bahan yang paling penting untuk disimpan di rumah bagi menghadapi sebarang
kemungkinan keracunan ialah Sirap Ipecac. Walau bagaimanapun jangan
menggunakannya tanpa nasihat dan panduan dari Pusat Racun Negara atau doktor
anda.
Ipecac ialah sejenis ekstrak tumbuhan yang akan mencetuskan muntah apabila ditelan.
Muntah ialah satu cara untuk mengeluarkan racun dari dalam perut, tetapi doktor atau
pegawai Pusat Racun Negara mungkin tidak akan menyarankannya dalam situasi
tertentu. Jangan menggunakan Ipecac tanpa nasihat doktor atau pegawai Pusat Racun
Negara dan jangan sekali-kali cuba mencetuskan muntah kecuali jika diarahkan. Ini
amat penting dalam kes-kes pesakit menelan produk-produk petroleum seperti minyak
petrol, cecair pencuci atau bahan api pemetik api. Jangan cuba mencetuskan muntah
sekiranya pesakit kelihatan mengantuk atau tidak sedarkan diri, sedang sawan atau
telah menelan bahan kakis yang kuat seperti pencuci longkang, asid atau bahan pencuci
untuk kegunaan mesin pencuci pinggan-mangkuk.
Dalam kes keracunan bahan kakis, berikan pesakit meminum cecair sahaja. Jangan
bergantung pada penawar yang disarankan di label produk racun itu, kerana ia mungkin
tidak betul atau telah tidak digunakan lagi. Seperkara lagi, kebanyakan ubat atau
penawar yang digunakan di rumah seperti air, serbuk biji sawi dan air garam tidak
berkesan untuk merawat keracunan dan boleh membahayakan pesakit. Jangan
mencubanya. Dapatkan nasihat dari pegawai Pusat Racun Negara atau doktor sebelum
cuba mencetuskan muntah.
Sirap Ipecac
Beberapa perkara perlu diingat apabila mendapat arahan dari doktor atau Pusat Racun
Negara untuk menggunakan sirap Ipecac:
• Sediakan sebuah beg plastik sebelum mencetuskan muntah. Bawa racun
berkenaan dan bekasnya ke hospital.
5• Bawa juga muntah yang terkumpul ke hospital.
• Beri satu sudu makan sirap Ipecac (15cc) - untuk kanak-kanak berumur 1 . 6
tahun dan dua sudu makan sirap Ipecac (30cc) untuk kanak-kanak yang lebih
tua dan orang dewasa. Sejurus selepas itu berikan mereka minum secawan jus
atau minuman tidak berkarbonat seperti air masak. Jika perlu, galakkan pesakit
untuk minum lebih banyak cecair. Jangan benarkan pesakit berbaring. Pastikan
pesakit dalam keadaan aktif.
• Pergerakan menolong mencetuskan muntah dan ia biasanya berlaku dalam
tempoh kurang dari 15 minit. Jika pesakit tidak muntah dalam 15 hingga 20 minit,
berikan dos kedua sirap Ipecac dan tambahkan cecair.
No comments:
Post a Comment