NOTA KEMAHIRAN HIDUP TINGKATAN SATU
Kerja Paip Asas
Kerja Paip Asas
ALATAN TANGAN KERJA PAIP
- Perengkuh paip 
  
- Kengunaan - untuk memegang batang paip BG ketika memasang atau membuka penyambung paip
- Sepana boleh laras
  
- Kegunaan - untuk membuka kepala pili
- Sepana hujung terbuka

- Kegunaan - untuk membuka kepala pili
- Playar gabung

- kegunaan - untuk memegang objek silinder, memotong wayar dan memutar nat kecil
- Playar muncung tirus (halus)

- Kegunaan - untuk memegang benda-benda kecil ditempat yang sempit
- Kikir bulat (kikir ekor tikus)

- kegunaan - untuk membuang gerigis bahagian dalam paip BG
- Kikir rata

- kegunaan - untuk membuang gerigis bahagian hujung paip BG
- Pelocok
|  |  | 
- kegunaan - untuk membuang kekotoran daripada perangkap sinki
- Pita pengukur

- Untuk mengukur jarak dan panjang batang paip
- Gergaji besi

- Untuk mememotong batang paip BG dan PVC
- Pemotong paip beroda

- Kegunaan - untuk memotong batang paip BG
- Pengulir luar
|  |  | 
- Kegunaan - untuk membuat bebenang luar (ulir luar) pada hujung batang paip BG
- Ragum paip yoke

- Kegunaan - untuk memegang batang paip BG ketika kerja membuat bebenang dan memotong batang paip
- Pemotong paip PVC

- Kegunaan - untuk memotong batang paip pvc dan paip poli
- Pelayar cengkam ragum

- Kegunaan - untuk mencengkam batang paip dengan kukuh
JENIS PAIP
- Paip Besi Galvani
- Dibuat daripada besi galvani
- Ciri-cirinya
- Tahan lasak
- Tidak mudah patah
- Berat
- Tahan haba tinggi
- Boleh berkarat
- Dibahagikan kepada 2 jenis gred ketebalan

- Paip PVC
- Diperbuat daripada PVC (Polyvinyl Chloride)
- Ciri-ciri
- Murah
- Ringan
- Tidak tahan panas
- Mudah patah dan pecah
- Dijual dalam dua gred ketebalan

- Paip Poli
- Paip getah tiruan hitam (HDPE)
- Ciri-ciri
- Tahan karat
- Tidak mudah patah
- Mudah disambung dan mudah ditanggalkan
- Liat dan elastik
- boleh dilentur

|   |   |   | 
| Pip BG  | Pipi Poli  | Paip PVC  | 
JENIS PENYAMBUNG PAIP
|  | Jenis   penyambung | Paip   BG  | Paip   PVC  | Paip   Poli  | 
| 1 | Soket sana | ada | ada | ada | 
| 2 | Soket pengecil | ada | ada | ada | 
| 3 | Siku 90ยบ | ada | ada | ada | 
| 4 | T sama | ada | ada | ada | 
| 5 | T pengecil | ada | ada | ada | 
| 6 | Penyuai soket injap | ada | ada | ada | 
| 7 | Penyuai soket PT | ada | ada | ada | 
| 8 | Puting heksagon | ada | tiada | ada | 
| 9 | Palam | ada | ada | tiada | 
| 10 | Soket Penjodoh | ada | tiada | ada | 
- Soket
| Soket sama  | Soket pengecil | 
|  |  | 
| o                                  Digunakan untuk menyambung   paip yang sama saiz diameter  | o                                  Digunakan untuk   menyambung paip yang berbeza saiz diameternya  | 
- Siku 90ยบ
| Siku 90ยบ sama  | Siku 90ยบ pengecil  | 
|  |  | 
| o                                  Digunakan untuk   mengubah arah sambungan paip yang bersudut 90ยบ  | o                                  Digunakan untuk   mengubah arah sambungan dua paip berlainan saiz yang bersudut 90  | 
- T
| T sama  | T pengecil  | 
|  |  | 
| o                                  Digunakan untuk   menambah sambungan paip  | o                                  Digunakan untuk   menambah sambungan paip yang berbeza diameternya  | 
- Puting Heksagon

- Digunakan untuk menyambung dua soket sama atau dengan soket penyuai PT
- Digunakan untuk menyambung dua jenis paip yang berlainan seperti paip BG dengan paip PVC
- Soket
| Penyuai Soket PT  | Penyuai soket injap  | 
|  |  | 
| o                                  Digunakan untuk   menyambung batang paip dengan pili  | o                                  Digunakan untuk   menghubungkan dua jenis paip yang berlainan seperti paipPVC dengan paip BG | 
- Palam

- Digunakan untuk menutup hunjung paip yang tidak digunakan
- Soket penjodoh

- Digunakan untuk menyambung dua batang paip BG tanpa mengubah kedudukan penyambung yang lain
Contoh penyambungan paip 

A = Pili, B = soket sama, C = puting heksagon, D = siku 90, E = paip BG 20,
F = T pengecil, G = paip BG 13 , H = paip BG 20 , I = soket penjodoh, dan J = palam
BAHAN PENYAMBUNG
- Pita PTFE
 - Poly textra fluoro ethylene adalah sejenis pita putih lembut dan nipis.
 - digunakan untuk mengelakkan kebocoran pada sambungan paip dan mengukukuhkan sambungan paip BG
 
  
 - Glu PVC 
 - adalah sejenis gam/pelekat cair jenis yang cepat kering
 - glu PVC disapu pada kedua-dua bahagian paip PVC dan terus buat sambungan

- Digunakan untuk melekatkan sambungan paip PVC
PILI

I. Pili berbibir II. Pili bertiang
- Kegunaan
 - mengawal pengaliran keluar air daripada hujung paip
- Jenis
- Pili bertiang
 - mempunyai alur masuk menegak
- Pili berbibir
 - mempunyai alur masuk melintang
- Bahagian
| A = Pemulas  B = gandar C = Nat Penyendal D = Nat Pili E = Pelompat F = Alur keluar G = Sesendal H = alur masuk |  |  | 
- Penyelenggaraan
                                 i.            Menggantikan pelompat
- Pelompat perlu digantikan baru apabila air di dapati        menitik berterusan walaupun pili telah ditutup 
  
                               ii.            Menukar kepala pili
- Kepala pili perlu digantikan apabila
- pili tidak dapat dikunci dengan ketat
- air terus keluar daripada bahagian nat pili dan         hujung bibir 
  
SINKI DAN PERANGKAP SAMPAH 
- Kegunaan
- Singki digunakan untuk menadah air semasa tangan dan peralatan
- Perangkap sampah digunakan untuk menghalang bau busuk masuk ke dalam rumah
- Jenis Sinki dan Perangkap
                                 i.            Perangkap 'P' 
                               ii.            Perangkap 'S' 
                              iii.            Perangkap botol 
- Membersihkan perangkap
                                 .            Menggunakan pelocok
- Pelocok boleh digunakan sekiranya sinki tidak tersumbat dengan teruk
- Pelocok boleh digunakan sekiranya sinki tidak tersumbat dengan teruk
                                 i.            Membuka dan mencuci bahagian kedap
- Bahagian kedap perlu dibuka dan kekotoran yang terperangkap di dalamnya hendaklah ditarik keluar dengan dawai keras
- Bahagian kedap perlu dibuka dan kekotoran yang terperangkap di dalamnya hendaklah ditarik keluar dengan dawai keras
|  Sinki |  Mengeluarkan kotoran daripada kedap perangkap sinki | 
 
 I. Perangkap 'S' II. Perangkap 'P' III. Perangkap botol
SISTEM BEKALAN AIR 
- Sistem bekalan di rumah terbahagi kepada dua
- Sitem bekalan terus
- Sistem bekalan tidak terus
- Sistem bekalan tidak terus menggunakan tangki simpanan air untuk membekalkan air untuk kegunaan bilik air dan tandas

Sistem bekalan air tidak terus
A = paip bekalan , B = meter air , C = paip perkhidmatan, D = paip perkhidmatan,
E = kunci paip , F = tangki simpanan air , G = tab mandian dan tandas,
H = tab sinki cuci tangan , I = sinki dapur , J = paip agihan
TANGKI SIMPANAN AIR 
- Kegunaan
 - untuk menyimpan air dan membekalkan bagi penggunaan tandas dan bilik mandi serta di waktu kecemasan
- Bahagian dan fungsi

|  | Bahagian | Fungsi | 
| A | Kunci paip | mengawal kemasukan air ke dalam   tangki melalui paip perkhidmatan | 
| B | Paip perkhidmatan  | Membekalkan air ke dalam tangki   simpanan | 
| C | Injap masuk  | Mengawal kemasukan air ke dalam   tangki | 
| D | Pelambong  | Mengawal paras air dalam tangki | 
| E | Paip cuci | Mengeluarkan air semasa kerja   mencuci | 
| F | Kunci paip  | Membuka dan menutup paip cuci | 
| G | Paip Agihan | Membawa air ke bahagian-bahagian   dalam rumah | 
| H | Paip limpah  | Mengeluarkan air sekiranya injap   rosak | 
| I | Penutup tangki  | Melindungi air dalam tangki   daripada pencemaran | 
TANGKI SIMBAH 
- Kegunaan
 Membekalkan air ke dalam mangkuk tandas pada masa yang betul
 
- Bahagian dan fungsi

|  | Bahagian | Fungsi | 
| A | Paip Limpah | Mengeluarkan air yang berlebihan | 
| B | Pelampung | Mengawal paras air dalam tangki | 
| C | Lengan Pelampung | memegang pelempung dan   menghubungkannya dengan injap bebeola | 
| D | Tuib sifon | Menolak air dengan kuat ke dalam   mangkuk tandas | 
| E | Paip alur keluar | Membawa air ke dalam mangkuk   tandas | 
| F | Injap gegendang | Memulakan gerakan menolak air ke   dalam mangkuk tandas | 
| G | Injap bebeola | Mengawal kemasukan air ke dalam   tangki simbah | 
| H | Paip alur masuk | memasukkan air ke dalam tangki   simbah | 
- Jenis tangki simbah
- Tangki simbah aras rendah
 Dipasang satu meter dari lantai
- Tangki simbah aras tinggi
 Dipasang dua meter dari lantai

i. Tangki simbah aras rendah ii. Tangki simbah aras tinggi
Masih dalam pembinaan 

 
 
No comments:
Post a Comment