Artikel Oleh : Sangtawal Sakranta.
Artikel yang ingin saya tulis kali ini adalah berkaitan dengan negeri
kelahiran saya iaitu Kelantan atau sebuah negeri yang dulunya pernah
diberikan nama Kalathana atau Medang Gana. Negeri Tanah Serendah Sekebun
Bunga (Valley of Flower Garden Land) juga adalah nama sebutannya.Nama
Negeri Kelantan Serambi Mekah juga adalah sangat popular dan menjadi
sebutan dizaman Tok Kenali.
Mari kita jejaki sedikit catatan lama sejarah berkaitan dengan nama
negeri ini.Berikut adalah beberapa catatan yang saya ambil dari
artikel-artikel saya yang terdahulu:
[1. Berdasarkan catatan Claudius Ptolemy, ahli bumi dan ilmu falak
berkebangsaan Yunani, dalam bukunya Geography of Eastern Asia yang
ditulis pada abad ke-2 M, disebutkan nama tiga buah tempat, yaitu “Kole
Polis”, “Primula”, dan “Tharra” yang terletak di pantai timur
Semenanjung Tanah Melayu.
2. G. E. Gerini, peneliti berkebangsaan Itali, mengatakan bahawa
“Kole Polis” terletak di Kelantan. Ia menganggap nama Kelantan adalah
gabungan kata dari “Kolo” dengan kata “Thana” atau “Tanah”, hingga
menjadi “Kolathana” atau “Kolamtanah” atau “Kolantan”.
3. Sejak abad ke-6 M, catatan-catatan sejarah China menyebut Kelantan
dengan berbagai nama. Pada masa Kerajaan Liang (502-557 M), orang China
menyebut “Tan-Tan”. Pada masa Kerajaan Tang (618-906 M), orang China
menyebut “Tann-Tann”. Sedangkan pada masa Kerajaan Sung (960-1279 M),
Kelantan disebut dengan kata “Chi-lan-chau” atau “Chi-lan-tan”. Pada
awal abad ke-17 M, Kelantan disebut dengan “Ko-lan-tan” atau
“Ku-lan-tan”.
4. Selain “Tan-Tan” atau “Tann-Tann”, ada sebuah negeri lagi yang
disebut-sebut oleh orang-orang China, yaitu “Chit-tu” yang bererti
Negeri Tanah Merah dan dikaitkan dengan Negeri Kelantan.
Berdasarkan letak geografinya, sebahagian ahli sejarah justeru
beranggapan bahwa Chit-tu (Tanah Merah) atau “Raktamrittika” adalah
Kelantan itu sendiri. Seorang ahli sejarah Eropah, Paul Wheatley
cenderung mempercayai bahawa Chit-tu itu terletak di Kelantan.
Hal itu bermula dari sejarah Kerajaan Raktamrittika yang didirikan
pada abad ke-6 M oleh Raja Gautama, putra Raja Kalahtana. Chit-tu pernah
menjadi wilayah taklukan Kerajaan Funan. Pada tahun 1225 M, Kelantan
pernah ditakluk oleh Sriwijaya.
Pada tahun1411 M (814 H), Negeri Kelantan mulai dipimpin oleh
seseorang bernama Raja Kumar. Namun, pakar-pakar sejarah belum dapat
menentukan dari mana asal Raja Kumar. Hanya ada sebuah data yang
menyebutkan bahawa Raja Kumar pernah menjalin hubungan dengan Raja
China. Misalnya, pada tahun 1412 M, Raja Kumar menerima pemberian berupa
kain-kain sutera dan surat puji-pujian dari Raja China.
Sebahagiannya dari sumber:
Hamid, Rogayah A. dan Mariyam Salim, Kesultanan Melayu Kelantan, (Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 2006). ]
Itulah serba sedikit catatan-catatan purba berkenaan dengan Negeri Kelantan.
Sila baca satu lagi artikel yang dipetik dari blog ini : http://faizn.blog.friendster.com/
berkaitan dengan Kelantan dan kaitannya dengan Kerajaan Sriwijaya, Tulis Faizn begini :
[ Kerajaan Sriwijaya Awal: Indonesia atau Malaysia?
Kelantan adalah sebuah negeri diSemenanjung yang banyak menyimpan
rahsia-rahsia sejarah. Kalau dikaji dari sejarah Kelantan purba
sehinggalah Kelantan di zaman Long Yunus [Kelantan Moden] maka kita akan
membuat satu konklusi bahawa Kelantan merupakan KUNCI pembukaan
sejarah-sejarah di Asia Tenggara seterusnya memegang peranan penting
dalam penyebaran berbagai agama dan kebudayaan yang mengaitkan negeri
China, Korea, Jepun, Arab dan India. Ternyata bumi Kelantan adalah PUSAT
segala-galanya.
Sebut sahaja nama-nama negeri atau pulau-pulau, maka Kelantan tetap
dikaitkan walaupun ianya mempunyai nama yang sering berubah-ubah. Inilah
yang menimbulkan kebingungan dan kekeliruan para ahli pengkaji sejarah
dalam menentukan lokasi nama-nama tempat atau negeri sehingga berlaku
percanggahan di antara satu sama lain.
Dua faktor yang menyebabkan peninggalan-peninggalan lama hilang dan tidak dapat dikesan lagi lokasinya ialah:
1-kerana dari sudut geografinya Kelantan merupakan sebuah negeri di
Semenanjung yang sering dilanda banjir. Hakisan-hakisan yang sering
berlaku banyak meruntuhkan dan menenggalamkan kesan-kesan sejarahnya ke
dalam bumi dan sungai, dan;
2-peperangan-perangan yang berlaku samada oleh serangan-serangan dari
luar atau perangan sendiri telah membawa bencana dan banyak
membinasakan kesan-kesan purba. Contohnya satu tempat yang terdapat di
hilir Kelantan sekarang kira-kira 3 batu di sebelah barat-daya Bukit
Panau, ibu kota yang namanya YAWATOKI bagi negeri Kelantan dalam abad
pertama sehingga beberapa abad kemudian dikatakan telah tenggelam ke
dalam bumi [pada akhir abad yang ke 14 masehi sewaktu menjadi ibu-kota
Empayar Chermin Jeddah]
Kota YAWATOKI dan BUKIT PANAU waktu itu dikatakan terletak di tepi
pantai. YAWATOKI bererti “TITIK JAWA” yang bermaksud, DARI KOTA INILAH
POLITIK DAN KEBUDAYAAN [BANGSA] JAWA MULA BERKEMBANG KE SELURUH ASIA
TENGGARA.
Ahli-ahli sejarah dan arkeologi Indonesia, ahli arkeologi dari
Amerika dan Belanda masih tercari-cari pusat kerajaan SRIWIJAYA yang
pertama kerana tiga buah kawasan utama iaitu di Bukit Siguntang di
Palembang, Muara Takus dan Muara Jambi tidak ada kesan-kesan yang
menunjukkan bukti bahawa kawasan-kawasan tersebut wujud bersama-sama
kerajaan SRIWIJAYA di peringkat awal.
Prasasti-prasasti [batu bersurat] yang dijumpai tidak dapat
menunjukkan bahawa Palembang pusat SRIWIJAYA di awal abad 7 Masehi.
Prasasti Kedukan Bukit di Palembang yang paling tua tarikhnya
[638Masehi] dan paling penting dalam konteks kajian untuk mencari lokasi
pusat SRIWIJAYA yang awal juga tidak menemukan bukti-bukti yang jelas
dan masih disangsikan.
Bronson seorang ahli arkeologi dari Amerika yang telah mengemuka
beberapa hipotesis hanya dapat menjumpai kesan-kesan peninggalan sejarah
terutama di Bukit Siguntang dan Palembang yang menunjukkan bekas-bekas
permukiman manusia dan penemuan arca dan seramik yang berasal dari China
dan Thailand adalah pada abad ke 14 hingga 17 Masehi.
Beliau kemudian mengemukakan pendapatnya bahawa apa yang ditemui oleh
para arkeologi Indonesia adalah penemuan seramik dan arca perbakala
peninggalan MAJAPAHIT dan SINGGOSARI serta KESULTANAN PALEMBANG.
Jadi di manakah pusat SRIWIJAYA yang sebenarnya?
Garis lintang 5 darjah 50 minit ! ]
*Peta Negeri Kelantan, Benarkah Sungai Kelantan itu Sungai Sidon?
Misteri berkaitan dengan Gua Cha ini amat menarik perhatian saya.Apa
tidaknya, Gua ini pernah digali dan diselongkar oleh pengkaji-pengkaji
barat sebanyak dua kali pada tahun dan 1936 dan1954.Selepas itu oleh
pengkaji tempatan pada tahun 1979.
Apakah misteri yang ada di Gua Cha sehingga para pengkaji barat
sanggup meneroka daerah Ulu Kelantan dan menyeberangi Sungai Nenggiri
semata-mata untuk membuat penggalian di Gua Cha yang berada di dalam
hutan belukar itu? Dari mana mereka mengetahui rahsia tentang khazanah
bangsa melayu yang tersimpan dan terkambus di dasar Gua Cha ribuan tahun
silam? Mari kita bongkar kembali misteri ini!
*Gua Cha
Gua Cha terletak ditebing kiri Sungai Nenggiri di Ulu Kelantan, 16 km
ke hilir Kampung Kuala Betis. Ianya merupakan satu kawasan batu kukup
atau batu lindungan yang mempunyai keluasan lantai hampir 300 meter
persegi.
* Sungai Nenggiri , Hulu Kelantan
Dari sudut arkeologi, Gua Cha boleh dikatakan tapak yang paling aktif
sekali diselidiki, di Semenanjung Malaysia. Penemuan gua ini telah
dilaporkan oleh H.D. Noone pada tahun 1936 manakala kajian yang lebih
mendalam dijalankan oleh G.de G. Sieveking pada tahun 1954 dan sekali
lagi pada tahun 1979. Kajian terbaru pula dijalankan oleh Haji Adi bin
Haji Taha ditapak yang sama.
Hasil dari kajian-kajian yang dijalankan lebih dari 30 tinggalan
manusia zaman ‘Hoabinhian’ dan Neolitik ditemui di Gua Cha.
Tembikar-tembikar yang dibuat dalam pelbagai bentuk dan ragam dan
alat-alat perhiasan juga ditemui dalam kuantiti yang banyak dan
merupakan perkakas pengkebumian yang ditanam bersama mayat. Bukti
tinggalan makanan yang ditemui di Gua Cha menunjukkan yang masyarakat
tersebut bukan sahaja memburu haiwan kecil tetapi juga haiwan besar .
Pentarihan karbon menunjukkan yang Gua Cha telah didiami oleh
masyarakat ‘Hoabinhian’ sejak 10,000 tahun yang silam dan diikuti oleh
masyarakat Neolitik pada kira-kira 4,000 tahun yang lalu. Bukti beras
terbakar juga ditemui di Gua Cha dibahagian lapisan atas menunjukkan
bahawa disitu pernah wujud satu penempatan manusia disekitar Gua Cha.
Baiklah, sila baca satu keratan akhbar berikut :
KLIK sini :
ARKIB akhbar utusan : 18/01/2008
[ Rais dapatkan rangka manusia Gua Cha
KUALA LUMPUR 17 Jan. – Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Datuk
Seri Dr Rais Yatim akan berlepas ke England minggu depan untuk
mendapatkan tulang rangka manusia Gua Cha pada zaman purbakala yang kini
disimpan di University of Cambridge’s MacDonald Institute of
Archaelogy.
Tulang rangka itu dari gua di Kelantan, kira-kira 5,000 lepas,
dikeluarkan dari Malaysia pada 1950-an oleh bekas pengarah Muzium
Taiping, G. de Sieveking ke rumahnya di United Kingdom.
Sieveking (1925-2007) seorang ahli arkaelogi zaman purbakala, yang
lebih terkenal kerana kerja-kerja mengenai batu api dan lombong batu
api.
Seorang penuntut doktor falsafah di University of Cambridge, beliau
menjalankan penggalian di Malaysia pada 1950-an, yang paling terkenal di
Gua Cha.
Menurut kenyataan Jabatan Warisan Negara kementerian itu hari ini,
Rais akan mengetuai satu delegasi untuk memuktamadkan penghantaran
pulang tulang rangka itu, yang dianggap penting dan bernilai bagi
penduduk kuno di Malaysia.
Pesuruhjaya Warisan Negara, Datuk Prof. Emeritus Zuraina Majid telah
mengilhamkan usaha itu untuk membawa balik tulang rangka berkenaan awal
apabila beliau masih lagi berkhidmat dengan Universiti Sains Malaysia
(USM).
Jabatan itu menyatakan Gua Cha, yang terletak di benteng Sungai
Nenggiri di Ulu Kelantan, merupakan sebuah tapak zaman purbakala di Asia
Tenggara dan telah menyimpan kira-kira 40 tulang rangka.
– Bernama ]
* Skeleton Manusia Gua Cha yang dipamerkan di University Of Cambridge
Adalah dianggarkan lebih kurang 40 rangka manusia atau “human
skeleton” yang dijumpai di Gua tersebut telah dipindahkan oleh Seiveking
ke England dalam tahun 50-an dalam 10 kotak besar! Apa yang menarik
perhatian saya ialah mengapa rangka manusia ini disimpan di University
tersohor iaitu University Of Cambridge???
Rangka manusia Hoabinhian telah ditemui oleh Gale Sieveking di dalam
gua ini. Antara yang ditemui ialah 5 biji mangkuk daripada tanah liat
dikebumikan bersama simati sebagai bekalan di alam lain. Pada tangannya
terdapat seramik gelang tangan yang bersaiz besar. Usia artifak ini
sekitar 1000 BC. Sebelum itu, pada tahun 1936 H.D. Noone telah menemui
pelbagai artifak purba termasuk Beliung yang diperbuat dari batu
Neolithic.
Lihat betul-betul gambar diatas, mengapa ada 5 buah mangkuk yang
berukuran dari kecil ke besar di tanam sekali dengan mayat tersebut? Apa
maksud 5 dan kaitan dengannya atau apakah ada 5 lagi alam yang akan
ditempuhi oleh mereka mengikut kepercayaan mereka itu agaknya??? Mungkin
maksud tersirat ialah mereka juga mempunyai kepercayaan bahawa alam ini
hanya tempat persinggahan saja, masih ada lagi alam-alam lain yang akan
ditempuhi oleh setiap jiwa!
Fikirkan lagi, jika rangka manusia itu pun mereka sanggup mengusung
dan membawa pulang ke London, bagaimana pula dengan khazanah bangsa yang
lain terutamanya manuskrip-manuskrip lama yang mengandungi ilmu-ilmu
yang tidak ternilai ? bagaimana dengan peralatan orang melayu yang lain
seperti senjata lama dan sebagainya? Kalau boleh, mereka mahu merompak
dan membolot kesemuanya, mereka mahu menguburkan terus segala
ketamadunan melayu, agar melayu yang tertinggal selepas penjajahan
adalah melayu bodoh, melayu yang hilang identiti dan jati diri serta
mengalami rasa inferiority yang amat kompleks. Kalau boleh mereka mahu
menghilangkan terus bekas bekas ketamadunan dan kemegahan silam orang
melayu supaya melayu kini kehilangan jejak dan terus dalam kealpaan.
Siapakah Gale Sieveking ???
Dengan mengkaji siapakah orang ini, maka kita bolehlah mengagak
apakah motif atau tujuan dia membawa pulang begitu banyak tulang rangka
manusia purba dari perut bumi kita ke rumahnya di United Kingdom dalam
tahun 50-an.
Apakah tugas yang diberikannya sebagai Pengarah Muzium Taiping adalah
satu Konspirasi untuk merompak dan melenyapkan terus kesan sejarah dan
peradaban Melayu kononnya atas nama kajian dan pemuliharaan ?
Mari kita lihat siapa Gale Sieveking sebenarnya! Mari kita baca
personaliti dan wataknya melalui kacamata isteri dan sahabat-sahabatnya
yang lain.
Klik Sini :
Saya hanya ingin mengambil sedikit artikel dari link di atas, selebihnya anda boleh membacanya di sana :
[ In memoriam: Gale Sieveking 1925-2007
September 5th, 2007
Gale Sieveking was an archaeologist who worked in Malaya from the
1950s and onwards. He is best known for his excavation of Gua Cha in
Kelantan, where over 30 humain remains have been found, buried in two
distinct time frames, the Hoabinhian and the Neolithic. This tribute was
published in the Newsletter of the Society of Antiquarians in London.
Special thanks to Dr Ian Glover for this bit of news.
[ Dia telah menjadi terkenal kerana tulang rangka manusia Gua Cha dari
Negara kita.Mereka telah menciplak dan mengkaji khazanah Negara kita
menjadi milik mereka! Beliau sebenarnya bukan ingin sangat mengkaji
tentang arang batu dan jenis tanah di Tanah Jawi, tapi mereka mahu kaji
lebih dari itu! ]
Memories of Gale Sieveking (1925–2007)
The call, in the last issue of Salon, for further reminiscences
concerning our late Fellow Gale Sieveking produced a fruitful bounty of
information. Since Gale played such an important part in the development
of archaeology as a discipline and in our understanding of prehistory,
these valuable insights into his life and work are worth recording in
full.
Our Fellow Ann Sieveking has generously provided a copy of the
address that she gave at her late husband’s funeral. We are also very
grateful to our Fellows Juliet Clutton-Brock, Michael Thompson, Michael
Kerney and Phil Harding for their accounts of the lasting impression
that Gale made on them, and to Professor Rory Mortimore, now Head of
Civil Engineering and Geology at the University of Brighton, who
provides an account of Gale’s ability to build multi-disciplinary teams
around the study of flints and prehistoric technology.
[Saya amat tertarik dengan minat Gale Sieveking terhadap Prehistoric
Technology ! Mungkinkah dia juga sedang mengkaji dan mencari bekas-bekas
atau lombong Nabi Sulaiman dulu? Bukankah hutan Pahang adalah hutan
yang tertua di Dunia dan disitu ada Gua Kota Gelanggi dan sebuah Kota
Raya Purba yang ghaib ? ]
Ann Sieveking writes: ‘Gale was born on 26 August 1925 at
Cagnes-sur-Mer, in the Alpes Maritimes. Having been born in France he
was entitled, at the age of seventeen, to choose between French and
British nationality, but in 1942 there was little liberty to do so and,
with certain regrets, he relinquished his French nationality.
‘On leaving school, he joined the Fleet Air Arm, trained in flying in
Canada, swam in the sea of Colombo and sat in an outlook post on top of
a fort in Malta. Gale once related that his flying duties were
curtailed when, on a training flight, he neglected to lower the
undercarriage of his craft through a small oversight.
[Gale Sieveking bukan seorang pengkaji biasa! Biasanya pengkaji yang
diajar menggunakan pesawat atau selok belok penerbangan dan berenang di
laut dalam bukan untuk misi biasa! Lagipun, dia diarahkan untuk datang
ke Malaya dahulu kerana mungkin ada sebab penting, malah dia sanggup
melupakan hasratnya untuk meneruskan pengajian pakarnya (PhD)
semata-mata untuk datang berkhidmat sebagai ‘kononnya’ Pengarah
Muzium.Apa yang dikumpulkan dalam Muzium saudara??? Fikir-fikirkanlah
sendiri! Dia ni pun bukan main liciknya sehingga dalam masa beberapa
tahun je kat Malaya ni boleh buka dan jaga 3 lagi Muzium selain dari
Muzium Taiping iaitu di Melaka, Kuala kangsar dan Seremban.Mungkinkah
dia seorang freemason atau Illuminati ? ]
‘As soon as he was able to do so, he went up to King’s College,
Cambridge. A grateful but insolvent Government financed ex-service
personnel for two years of a three-year degree. For the first part of
the tripos, Gale read history, but he was captivated by archaeology and
in his final year he studied prehistory.
‘He then embarked on a PhD, but he left this unfinished since he had
married, was in need of an income and had been offered a post as Deputy
Director of Museums in Malaya. In 1953, Malaya was in the midst of the
state of emergency declared by the British colonial government in 1948
as a response to Communist insurgency.
Opportunities for travelling and exploring were limited, but Gale
still managed to open three new regional museums – in Malacca, Seremban
and Kuala Kangsar – and he excavated sites of all periods wherever it
was possible to do so.
‘The first of these was a seventeenth-century Portuguese fort in
Johore Lama, facing Singapore across the Straits; another was an early
Indian trading post in the mangrove swamps near Taiping, and a third,
again in Johore, was the rescue of a collection of Chinese porcelain –
one cannot say “excavation”, as the finder had put his pickaxe through
the hoard when extending his vegetable patch. This had been buried for
safety in a wooden box and included a number of blue and white Ming
dynasty bowls of imperial quality, though how they came to be abandoned
there remains a mystery.
[Penemuan alat-alat dari Zaman Dinasti Ming ini tidak direkodkan
dalam sejarah kita saudara! Kemana hilangnya lagi barang-barang atau
khazanah sejarah bangsa kita yang lain di bawah jagaan si Gale Sieveking
ini? ]
‘Perhaps of most interest to Gale was his excavation of Gua Cha, a
habitation site in a rock shelter on the Nengiri river in Kelantan. Gua
Cha had been found in 1935 by H D Noon, but Noon had not survived the
war. Working with our Fellow Michael Tweedie, then of the Raffles
Museum, Singapore, Gale’s was the first systematic excavation of Gua
Cha, where he found a slaughtering station for wild boar, along with
human burials of both Mesolithic and Neolithic date, the latter with
jadeite bracelets, polished stone axes and pottery bowls containing a
supply of small animals, presumably for sustenance in the next world.
‘The site was in an isolated part of the jungle, but a police post
had been established here to round up the indigenous people of this part
of the peninsula who were suspected of supporting the insurgents with
food and intelligence. Attired in jungle green, Gale and Ann Sieveking,
along with Michael Tweedie and a number of museum staff, worked under
military escort, and were kept supplied by parachute drops with food and
– marvellously – paperback thrillers to read. When the dig was
finished, all returned to civilisation down the Nengiri river on bamboo
rafts; the human cargo survived the hazards better than did some of the
finds.
[Tengok saudara, bagaimana mereka tahu disitu ada sesuatu yang
berharga, sedangkan disitu adalah hutan belukar dan untuk membekalkan
makanan kepada mereka pun, terpaksa menggunakan pengangkutan udara! Lagi
satu, mengapa ketika penggalian mereka itu , mereka dikawal ketat oleh
polis dan tentera? Cuba fikirkan! Benda-benda yang dijumpai adalah
seperti yang mereka nyatakan, tetapi percayakah kita hanya itu saja???
Mungkin ada benda lain seperti emas atau barang yang lebih berharga yang
mereka temui tetapi tidak dinyatakan sebagai barang yang ditemui
agaknya! ]
‘After three years in Malaya, four Sievekings returned to England.
Gale joined the British Museum, where he stayed for the rest of his
professional career. Gale’s first research project was an analysis of
Grand Pressigny flint, a beautiful honey-coloured stone found in
east-central France and mined, worked and traded in the Neolithic. Grand
Pressigny flint was unusual in being identifiable by its colour; at
this date most flints were considered indistinguishable one from
another. Gale was one of a group of researchers who established that
flint from different localities could be identified by their trace
elements. This analysis made it possible to map the distribution of
flints from different mines; for example, axes from Grimes Graves were
identified and shown to be distributed widely in England and in France,
while French flint travelled in the opposite direction.
[ Sudah terang lagi bersuluh, beliau hanya ditugaskan untuk merompak
khazanah sejarah bangsa kita dalam masa 3 tahun , kononnya atas kapasiti
seorang pengarah muzium! Mengapa ketika beliau pulang ke England,
beliau tidak terus mengkaji Tulang Rangka manusia purba sebanyak 10
kotak itu, tetapi meneruskan kajian keatas “Grand Pressigny Flint” ?
Mengapa Tulang rangka manusia purba itu disimpan di University of
Cambridge’s MacDonald Institute of Archaelogy saudara ? untuk siapa dan
untuk apa ia perlu berada disitu? Bukankah selain dari ujian pentarihan
menggunakan karbon, tulang itu juga boleh diambil sample DNA nya dan
dikaji ? lihat di Link ini :
Klik Sini
bagaimana mereka mengkaji dengan teliti dan mendalam DNA dan jenis
Chromosome dalam genetic manusia. Ada juga disentuh disitu tentang
Ancient WaterWays. ]
Juliet Clutton-Brock writes: ‘Gale will be sadly missed as an
archaeologist of spirit and a loyal friend. Gale was an undergraduate at
Cambridge during the crucial time when archaeology was in transition
from an amateur occupation for treasure hunting to the practice of
serious scientific research. The great names of this period – Graham
Clark, Charles McBurney, Gordon Childe and Frederick Zeuner – had a
determining and controlling influence on students who wished to join
them in this endeavour, and they did not suffer fools gladly. Gale was
one of the lucky few who was trained in prehistory on Clark’s
excavations at Star Carr in the early 1950s, and it surely influenced
his approach to prehistory and its interpretation for the rest of his
career.
‘I was lucky to be given the opportunity, as an archaeozoologist, to
work with Gale on the animal remains from his 1970s excavations at
Grime’s Graves. Gale became a friend and colleague who was always
supportive and always full of new ideas for how to approach the study of
prehistoric remains. For me, these were the very large collection of
antler picks from the flint mines as well as the skeleton of a dog,
excavated so carefully that the remains of its last meal, tiny bones
from a pig’s foot, were still with it, and the skull of an aged mare who
had lost most of her teeth. Gale was an “ideas man”, but with a
disciplined approach, and such people are sorely needed in any field of
research.’
Michael Kerney writes: ‘Gale and I joined forces for an expedition to
Thailand from 1 December 1965 to 31 March 1966. Our project had two
aims: one was to locate sites in the limestone massifs in the country’s
north and north-eastern provinces with Palaeolithic and earlier remains,
sealed by stalagmite deposits, and thus datable using
protactinium-thorium-uranium isotopic methods; the other was to
investigate the relationship between the bronze age in Thailand and
contemporary cultures in Yunnan. ]
[ Baca ayat dalam perenggan diatas, maksudnya selepas berada di
Malaya selama 3 tahun, Beliau telah melakukan satu lagi misi ke Thailand
pada tahun 1965-1966, tengok mereka sentiasa ada 2 benda yang dilakukan
untuk mengelabui mata masyarakat umum.Misi utama mereka ialah untuk
mengkaji hubungan antara Thailand dan Yunnan! ]
Oleh itu , segala taktik mereka itu tidaklah menghairankan kita, jika
kita baca kajian mereka tentang Malay Peninsular as the setting of
Books Of Mormon,
KLIK SINI :
anda semua akan terkejut bila mereka melukis peta , bentuk taburan
hutan, bentuk mukabumi, lokasi Bandar-bandar utama, malah mereka sudah
mampu mendaki dan meneroka hutan Pahang , melepasi Banjaran Gunung
Tahan, meneroka tanah tinggi Cameron Highland sejak 200-300 tahun yang
lalu! Malah mereka telah mengukur jarak di Segenting Kra sejauh 1 hari
setengah perjalanan dari titik timur ketitik barat (atau sebaliknya)
dalam satu garis lurus!
Kembali kepada satu persoalan misteri yang menyelubungi Gua Cha ini,
Bagaimana mereka tahu di Gua Cha itu tersembunyi segala khazanah
purba??? Dari sumber manakah mereka perolehi maklumat itu???
*Tulang Rangka yang digali selepas Gale sieveking iaitu pada tahun 1979.
Salah satu Kata Kunci kepada segala persoalan misteri ini ialah bila
kita kaitkan kawasan Hulu Kelantan ini dibawah pemerintahan siapa
sebenarnya pada suatu masa dahulu?
Hulu Kelantan adalah dibawah Kekuasaan Puteri Saadong pada zaman
dahulu! Apa kaitannya pula antara Puteri Saadong dengan Che Siti Wan
Kembang ? Apa pula kaitan antara Kerajaan negeri Tanah Serendah Sekebun
Bunga dengan Chittu atau Tanah Merah (Zarahemla) dan Bukit
Panau(Yawatoki) ? Apakah hubungan antara Chittu dengan Empayar Majapahit
Kelantan Lama? Benarkah mereka yang berketurunan Wan, Nik, Pengiran dan
Che itu ada kaitan pula dengan Bangsa Arab Quraisy Purba ?
Mengapa pula Gereja Terbesar CCC terletak di atas Bukit Jalil??? Tengok peta semula!
Atau baca dan kaji semula hasil kajian mereka berkaitan dengan Land Of Promised .
Pada mulanya mereka menyangka dan cuba mendakwa Land Of promised itu berada di tempat mereka ; Mesoamerica !
Klik Sini :
Namun setelah Dr Ralph A. Olsen , telah membentangkan kajian dan
bukti-bukti kukuh yang Land Of Promised itu berada di Malay Peninsula,
sila baca The Malay Theory atau Malay Hypothesis kat sini :
Klik Sini :
Boleh juga
Klik Sini :
Barulah seluruh dunia mula membuka mata dan mula mengidamkan Bumi Yang dijanjikan ini! Semenanjung Emas!!!
Mengapa pula Tun Dr Mahathir menamakan pusat pemerintahan baru Negara
kita PUTRAJAYA!!! Buka Cinajaya atau Indiajaya atau Jawajaya atau
SatuMalaysiajaya???
Fikir-fikirkanlah! mungkin Tun ada sebab dan ada sesuatu yang Tun sudah tahu berkenaan dengannya!
Jika pembaca sekalian sudi berkongsi maklumat dan info, sila nyatakan di ruangan komen di bawah.
Selamat membaca !
No comments:
Post a Comment