Monday, December 26, 2011

Keracunan


Keracunan
Pengenalan? 
Racun ialah bahan yang boleh mencedera atau membunuh organisma hidup apabila
diambil dalam dos yang kecil. 
Keracunan merujuk kesan-kesan yang terjadi akibat memakan atau menyedut bahan
bertoksik  seperti racun perosak, bahan-bahan kimia merbahaya, ubat-ubatan, gas
beracun dan sebagainya. 
Setiap keracunan yang berlaku perlu dipandang serius.  Sesetengahnya  memerlukan
perhatian segera iaitu pertolongan kecemasan sebelum mendapatkan bantuan
perubatan. Periksa label pada bekas racun  untuk mengetahui bentuk pertolongan
cemas yang boleh diberikan. Tindakan pantas di waktu ini amat penting. Setelah itu
hubungilah Pusat Kawalan Racun Tempatan, pegawai perubatan atau unit kecemasan
untuk rawatan selanjutnya. 
Terdapat pelbagai jenis keracunan yang boleh berlaku seperti keracunan bahan kimia,
keracunan  racun perosak, keracunan makanan, keracunan karbon monoksida,
keracunan  plumbum dan sebagainya. Jenis-jenis  keracunan yang utama akan
dibincangkan dalam topik ini. 
Apakah tanda-tanda keracunan? 
• Tanda-tanda yang perlu diperhatikan dalam kes-kes keracunan yang disyaki
ialah: 
ƒ Bau atau kesan luar biasa pada kulit atau pakaian mangsa 
ƒ Bau nafas yang luar biasa 
ƒ Rasa mengantuk, sakit perut,  muntah, berpeluh, meleleh air liur,
iritasi/perengsaan, tanda-tanda ketakutan atau perubahan kelakuan lain
yang mendadak. 
ƒ Bekas bahan kimia atau ubat-ubatan yang didapati terbuka atau berada
di tempat yang tidak sepatutnya. 
Apakah gejala-gejala keracunan?
Setiap kumpulan bahan kimia bertindak ke atas tubuh manusia dengan cara yang
berbeza-beza. Gejala-gejala umum keracunan boleh dibahagikan kepada tiga kategori,
merangkumi perkara-perkara berikut: 
1Keracunan ringan
  Sakit kepala 
• Kelesuan
  Terasa lemah 
  Pening kepala 
  Rasa gelisah 
• Berpeluh
• Loya
• Cirit-birit
  Hilang selera makan 
  Berat badan menurun 
• Dahaga
  Mudah naik angin 
  Sakit-sakit sendi 
  Kerengsaan kulit 
  Kerengsaan di mata
Keracunan sederhana
  Loya yang teruk 
  Cirit-birit yang teruk 
  Pengeluaran air liur yang berlebihan 
  Kekejangan otot perut 
  Berpeluh dengan banyak 
• Menggigil
  Otot tersentak-sentak dan koordinasi otot terjejas 
2•  Rasa lemah yang amat sangat 
  Kekeliruan fikiran 
  Penglihatan yang kabur 
• Kesukaran bernafas
• Batuk
  Denyutan nadi yang cepat 
  Muka merah atau kulit kelihatan kekuningan 
• Mata berair
Keracunan teruk
• Demam
  Dahaga yang amat sangat 
  Peningkatan kadar pernafasan 
  Sentakan otot yang tidak terkawal 
  Mata hitam mengecil 
• Sawan
  Tidak dapat bernafas 
  Tidak sedarkan diri 
• Kesukaran bernafas
Pertolongan cemas di rumah ? 
Situasi-situasi di bawah boleh dirawat di rumah sebelum bantuan perubatan diperolehi: 
Racun dalam mata
Selaput mata menyerap racun dengan cepat. Ini akan menyebabkan mata  menjadi
rosak dalam beberapa minit sahaja. 
• Curahkan mata anda dengan air suam (jangan sekali-kali menggunakan air
panas) yang banyak, yang dituang dari gelas air yang besar dari jarak 2 . 3 inci
dari mata. 
3• Teruskan  melakukannya selama 15 minit. Kedipkan mata sekerap mungkin
semasa membasuh. Jangan membuka kelopak mata anda secara paksa dan
jangan menggosokkan mata. 
• Jika tidak terdapat air suam, cuci  mata dengan cepat menggunakan  aliran air
yang perlahan dari getah paip untuk sekurang-kurangnya 15 minit. 
Racun pada kulit
Jika kulit anda tersentuh racun, ia perlu dibersihkan secepat mungkin. 
• Tanggalkan pakaian yang terkena racun dan dedahkan bahagian yang terkena
racun di bawah laluan air yang banyak selama 10 minit. 
• Kemudian basuh bahagian berkenaan dengan cermat menggunakan sabun dan
air dan bilaskannya. Setelah itu musnahkan pakaian yang terkena racun itu. 
• Bagi kulit yang luka terbakar akibat terkena bahan kimia, bilas bahagian yang
terlibat dengan air yang banyak. Tanggalkan pakaian mangsa dan tutup
bahagian yang cedera dengan kain yang bersih dan lembut. Jangan sapukan
sebarang salap atau minyak pada bahagian yang tercedera.
Racun yang disedut
Racun yang disedut amat merbahaya kerana kerosakan yang boleh berlaku kepada
organ paru-paru atau tisu-tisu badan yang lain. 
• Kurangkan risiko pendedahan terhadap diri anda kepada racun berkenaan dan
pindahkan mangsa ke kawasan yang berudara segar. 
• Longgarkan pakaian mangsa. 
• Minta pertolongan seseorang untuk mendapatkan bantuan perubatan dengan
segera. 
• Jika mangsa tidak bernafas, berikan bantuan pernafasan (hubungkan dengan
artikel mengenai bantuan pernafasan dan CPR) dan  terus melakukannya
sehingga mangsa bernafas semula atau bantuan perubatan tiba. 
• Buka semua tingkap dan pintu untuk mengeluarkan wasap racun supaya orang
lain tidak turut terlibat menyedut wasap beracun tersebut. 
Pelbagai jenis racun boleh ditelan
• Lihat ke dalam  mulut  mangsa dan keluarkan semua pil, serbuk atau sebarang
bahan yang mungkin berada di dalam mulutnya. 
• Periksa mulut mangsa bagi mengesan luka-luka, luka terbakar, bengkak, bau
atau warna yang luar biasa. 
• Cuci dan lap mulut dengan kain. 
4• Jika mangsa sedar dan boleh menelan, beri mangsa minum setengah gelas air. 
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai keracunan tertentu, tekan butang-butang yang
berkenaan& 
Apa yang patut dilakukan bagi mendapatkan bantuan?
Hubungi Pusat Racun Negara atau doktor anda. Perkenalkan diri dan hubungan anda
dengan pesakit. Berikan nombor telefon anda; nyatakan nama, umur dan jantina
pesakit.  Jika boleh, cuba mengenal pasti racun yang terlibat sebaik  mungkin dengan
meneliti bekas racun atau racun itu sendiri. Cuba jelaskan jenis racun, masa dan jumlah
racun yang diambil. Terangkan status atau keadaan pesakit ketika itu dan bersedia
untuk menjawab sebarang soalan tambahan yang mungkin disoal. Patuhi nasihat yang
diberikan oleh pegawai Pusat Racun Negara atau doktor anda. 
Bagaimana mencetuskan muntah?
Bahan yang paling penting untuk disimpan di rumah bagi menghadapi sebarang
kemungkinan keracunan ialah Sirap Ipecac. Walau bagaimanapun  jangan
menggunakannya tanpa nasihat dan panduan dari Pusat Racun Negara atau doktor
anda. 
Ipecac ialah sejenis ekstrak tumbuhan yang akan mencetuskan muntah apabila ditelan.
Muntah ialah satu cara untuk mengeluarkan racun dari dalam perut, tetapi doktor atau
pegawai Pusat Racun  Negara mungkin tidak akan menyarankannya dalam situasi
tertentu. Jangan menggunakan Ipecac tanpa nasihat doktor atau pegawai Pusat Racun
Negara dan jangan sekali-kali cuba mencetuskan muntah kecuali jika diarahkan. Ini
amat penting dalam kes-kes pesakit menelan produk-produk petroleum seperti minyak
petrol, cecair pencuci atau bahan api pemetik  api. Jangan cuba mencetuskan muntah
sekiranya pesakit kelihatan mengantuk atau tidak sedarkan diri, sedang sawan atau
telah menelan bahan kakis yang kuat seperti pencuci longkang, asid atau bahan pencuci
untuk kegunaan mesin pencuci pinggan-mangkuk. 
Dalam kes keracunan  bahan kakis, berikan pesakit meminum cecair sahaja. Jangan
bergantung pada penawar yang disarankan di label produk racun itu, kerana ia mungkin
tidak betul atau telah  tidak digunakan lagi. Seperkara lagi, kebanyakan ubat  atau
penawar yang digunakan di rumah seperti air, serbuk biji sawi dan air garam  tidak
berkesan untuk merawat keracunan dan boleh membahayakan pesakit. Jangan
mencubanya. Dapatkan nasihat dari pegawai Pusat Racun Negara atau doktor sebelum
cuba mencetuskan muntah.
Sirap Ipecac
Beberapa perkara perlu diingat apabila mendapat arahan dari doktor atau Pusat Racun
Negara untuk menggunakan sirap Ipecac: 
• Sediakan sebuah beg plastik sebelum mencetuskan muntah. Bawa racun
berkenaan dan bekasnya ke hospital. 
5• Bawa juga muntah yang terkumpul ke hospital.
• Beri satu sudu makan  sirap Ipecac (15cc) - untuk kanak-kanak berumur 1 . 6
tahun dan dua sudu makan sirap Ipecac (30cc) untuk kanak-kanak yang lebih
tua dan orang dewasa. Sejurus selepas itu berikan mereka minum secawan jus
atau minuman tidak berkarbonat seperti air masak. Jika perlu, galakkan pesakit
untuk minum lebih banyak cecair. Jangan benarkan pesakit berbaring. Pastikan
pesakit dalam keadaan aktif. 
• Pergerakan menolong mencetuskan muntah dan ia biasanya berlaku dalam
tempoh kurang dari 15 minit. Jika pesakit tidak muntah dalam 15 hingga 20 minit,
berikan dos kedua sirap Ipecac dan tambahkan cecair. 





No comments:

Post a Comment