Monday, December 26, 2011


Resepi Sambal Tumis Ikan Bilis

Bahan-bahannya :
Ikan bilis 
10 tangkai cili kering - tambah jika nak pedas - dikisar
1 labu bawang besar - dipotong membulat
4 ulas bawang merah - dikisar
4 ulas bawang putih - dikisar
sedikit air asam jawa
garam dan gula secukup rasa


Caranya :
  1. Goreng garing ikan bilis. Ketepikan.
  2. Tumis bahan kisar menggunakan minyak menggoreng ikan bilis tadi hingga pecah minyak.
  3. Masukkan air asam jawa.
  4. Masukkan bilis goreng.
  5. Kacau rata.
  6. Masukkan bawang besar, garam dan gula secukup rasa.
  7. Siap :)

Sambal ni kering. Jika nak basah, masukkan air semasa masukkan air asam jawa. Selamat mencuba.




Resepi Ikan Bawal Sweet Sour



Bahan-Bahan:
1 ekor ikan bawal
garam, kunyit dan bawang putih - tumbuk

Bahan untuk sos: 
5 ulas bawang merah (dimayang)
3 ulas bawang putih (dimayang)
1 cm halia (dihiris halus)
5 sudu besar sos tomato
3 sudu besar sos cili
2 biji cili merah (dipotong nipis)
1/2 cawan air
1 biji tomato - potong dadu

1/2 batang carrot - potong dadu
1 pokok daun bawang & daun sup (potong pendek)
Garam dan gula secukup rasa - saya letak madu
minyak

Cara: 
  1. Perap ikan dengan garam, kunyit dan bawang putih.
  2. Goreng hingga masak. Ketepikan.
  3. Tumis bawang merah, bawang putih dan halia. 
  4. Apabila wangi masukkan sos tomato, sos cili dan air. Biarkan mendidih. 
  5. Masukkan cili potong, garam dan madu. 
  6. Setelah kuah pekat, tuangkan ke atas ikan bawal yang telah digoreng tadi. 
  7. Hiaskan dengan daun sup & bawang.







































 

Resepi Kurma Ayam

Bahan-bahannya :
Ayam
2 labu bawang besar
6 ulas bawang putih
sedikit halia
rempah tumis - bunga lawang, buah pelaga, bunga cengkih, kulit kayu manis
rempah kurma
yogurt - menggantikan santan
garam


Caranya :
  1. Perap ayam dengan halia dan garam.
  2. tumis rempah tumis dan halia.
  3. Masukkan bawang besar dan bawang putih. Apabila naik bau, masukkan rempah kurma dan air.
  4. Tunggu pecah minyak.
  5. Masukkan ayam.
  6. Apabila ayam nak masak, masukkan yogurt dan garam.
  7. Tunggu kuah pekat sikit, angkat. 
  8. Siap.



Jika tiada yogurt, boleh buat dadih sendiri. Caranya, bancuh susu (apa-apa susu) dengan air. Perahkan asam limau. Biarkan 5 minit agar ia berkeladak.


Jika suka, masukkan kentang, telur rebus dan lada hijau. Sedap!

No comments:

Post a Comment