Powered By Blogger

Monday, December 26, 2011


ISI KANDUNGAN

BIL.

SENARAI  KANDUNGAN
M/S
1
PENGHARGAAN
1
2
PENGENALAN
2
3
OBJEKTIF
3
4
ISI

-JENIS-JENIS PAIP
-BAHAN PEMOTONGAN PAIP
-KERJA PEMOTONGAN PAIP:
PVC
BERGALVANI




4-6
7-11
12-16
5
KESIMPULAN
17
6
LAMPIRAN
18
7
RUJUKAN
19













PENGHARGAAN

Pertama sekali, kami amat bersyukur ke atas Illahi kerana kami dapat menyiapkan laporan amali paip ini dengan sempurnanya. kami juga amat berterima kasih kepada Pensyarah En. Mahmud Bin Taib yang menunjukkan sedikit sebanyak membantu menyiapkan projek amali ini dengan jayanya.. . Kami juga amat berterima kasih kepada ibu bapa kerana memberikan sokongan yang tidak putus-putus kepada kami. Tambahan pula,, kami juga ingin  berterima kasih kepada ibu bapa sekali lagi kerana membantu dari segi kewangan untuk menyiapkan laporan kerja amali ini. Di samping itu, kami juga berterima kasih kepada semua ahli kelas kami yang turut berkerjasama untuk menyelesaikan projek amali paip.











PENGENALAN
Antara amali yang kami lakukan di dalam projek paip ini ialah kerja-kerja pemotongan paip galvani dan paip pvc. Disini kami telah berkerjasama untuk menyiapkan semua amali yang telah diberikan dengan baik dan sempurna.Disamping itu, kami juga telah mempelajari beberapa teknik untuk pertukangan untuk kerja-kerja amali paip ini. Pengetahuan ini kami dapat mempraktikkan apabila berlakunya kerosakan paip yang berlaku di rumah dan tidak memerlukan kos yang tinggi untuk memanggil orang yang lebih pakar untuk menyelesikan masalah paip ini.Pada mulanya, kami telah mempunyai beberapa keraguan. Antaranya ialah perbezaan paip PVC dan paip poli. Tetapi akhirnya permasalah faham ini telah dapat kami rungkaikan dengan sedikit soal selidik kepada pensyarah dan rakan-rakan disamping mencari maklumat di internet.Kami telah membahagikan tugas sebelum menjalankan amali bengkel paip ini. Nur syuhada bt che mohd nasir selaku ketua kumpulan, Siti Fairus Bt Mat Nor kerja-kerja mencatit maklumat, dan yang terakhir Nur Athikah Aida Bt Mat Salleh selaku menyediakan peralatan-peralatan kerja paip.Semasa kerja-kerja amali bengkel paip ini, kami saling bekerjasama dan tolong-menolong untuk menyiapkan kerja amali bengkel paip ini. Walaupun kami telah mengagihkan kerja-kerja untuk masing-masing, kami tetap saling tolong menolong untuk melakukan semua tugasan dengan betul dan teratur.Langkah keselamatan semasa kerja amali bengkel paip ini juga kami titikberatkan.Antara langkah-langkah keselamtan semasa di dalam bengkel kayu ini ialah memakai pakaian yang ditetapkan dalam bengkel, tidak bergurau senda dan bermain-main semasa melakukan kerja, tidak makan dan minum semasa di dalam bengkel, sentiasa menepati masa dan datang awal untuk melakukan kerja amali bengkel paip ini. Malah, semua pelajar hendaklah melaporkan kesemua kemalangan yang berlaku kepada penyasarah yang berdekatan jika  berlakunya kemalangan kecil mahupun kemalangan yang serius. Tidak lupa juga, palajar tidak dibenarkan menggunakan peralatan yang tidak disuruh dan mampu berlakunya kemalangan yang tidak diingini.

OBJEKTIF
-Mempelajari kerja secara berkumpulan.

-Dapat mengetahui beberapa jenis paip yang digunakan dalam kehidupanharian dan menggunakan dengan betul.

-Mempelajari beberapa jenis peralatan yang digunakan semasa di dalam amali bengkel kerja paip.

-Mempelajari bagaimana untuk memotong paip PV dan GI
dengan cara yang betul dan peralatan yang telah dikhususkan untuk memotong paip.

- Kami dapat mengunakan peralatan dengan betul dan kesesuaian di sampingmengutamakan keselamatan pada diri sendiri.
- Kami dapat melakukan kerja-kerja bersama rakan kumpulan dengan jayanya

- Kami dapat mempelajari kerja secara berkumpulan.

- Kami dapat mempelajari bagaimana untuk menjauhi segala kemalangan semasa di dalambengkel.

- Kami dapat menyiapkan projek dalam masa yang ditetapkan







JENIS-JENIS PAIP
terdapat 2 jenis paip
a)paip besi bergalvani
b)paip polivinilklorida(PVC)


























PAIP BESI BERGALVANI (BG)

dibuat dari keluli bersadur zink
saiz yang biasa diguna ialah 13mm,20mm,25mm, 32mm,50mm
panjang paip BG ialah 6m
mempunyai 3 gred
dipotong dengan pemotong paip BG dan pemotong paip beroda
disambung dengan ulir dalam paip

GRED
KETEBALAN
KOD WARNA
KEGUNAAN
A

NIPIS
perang
paip sisa
paip limpah
B

SEDERHANA
biru
paip agihan
panas &sejuk
C
TEBAL
merah
paip
perkhidmatan & paip perhubungan


CIRI-CIRI PAIP BERGALVANI

berat dan sukar dipotong
disambung menguna ulir
harga mahal dan tahan lama
berkarat dan permukaan kasar
sesuai untuk mengalir air panas




PAIP PLASTIK POLIVINILKLORIDA

dibuat dari plastik
saiz sama dengan paip BG
terdapat 2 gred paip PVC
1.Tolok biasa- tebal biasa, ukuran diameter ialah13mm-50mm.

2.Tolok tebal - lebih tebal, ukuran diameter adalah6mm-25mm.
Hujung paip tidak boleh di ulir atau dibenang

dipotong dengan gergaji
besi dan disambung
melalui simen pelarut
sesuai untuk paip agihan


CIRI-CIRI PAIP PVC

ringan dan mudah
harga murah dan tahan lama
tidak berkarat dan permukaan licin
tidak sesuai untuk mengalir air panas






BAHAN PEMOTONGAN PAIP

·        PITA PENGUKUR


-Saiz yang digunakan ialah 40cm.
-Mempunyai senggatan metrik.
-Digunakan untuk mengukur paip-paip ketika memotong,membenang,dan memasang.

·        GERGAJI BESI


-Kegunaannya :
(a) memotong plat keluli.
(b) memotong paip besi bergalvani.
(c) memotong paip plastik.


-Saiz yang selalu digunakan di bengkel ialah 250mm dan 300mm.

 -Saiz mata gergaji ditentukan oleh panjang mata & bilangan gigi bagisetiap inci.

 -Dalam setiap 1cm terdapat 5,7,9 @ 12 gigi mata gergaji.

-Ada 2 jenis:

a)agergaji besi bingkai tetap
- tidak boleh dipanjangkan @ dipendekkan.

b) gergaji besi bingkai boleh laras
- boleh dipanjangkan @ dipendekkan
 
Cara menggunakannya:
(a)Memasang mata gergaji pada bingkai dengan mata menghala ke luar pemegang.
(b)Memegang gergaji besi dengan kedua-dua belah tangan.
(c)Benda kerja dipasang serendah-rendahnya pada ragum untuk mengelakkan benda kerja daripada bergetar atau berbunyi bising.
(d)Letakkan gergaji bersudut tepat pada benda kerja.
(e)Menolak dan menarik dengan tekanan yang sama.
 







·        PEMOTONG PAIP PVC/POLI
Picture 026




o       Di gunakan untuk memotong paip PVC/poli dengantepat dan cepat
o       Cara menggunakannya:
-Apitkan pemotong paip PVC/poli pada batang paip yang hendak di potong dan pusing di sekelilingnya.
              -Tambahkan tekanan perlahan-lahan

·        PEMOTONG PAIP BERODA

pemotong paip beroda











o       Pemotong paip beroda ini mempunyai tiga bahagian utama iaitu :
     -Bingkai
               -Roda pandu atau penggolek
     -Mata pemotong
o       Kegunaan pemotong paip beroda
-Untuk memotong paip – paip besi bergalvani dengan tepat dan cepat.
     -Untuk memotong objek – objek bulat dengan tepat dan cepat.
     -Untuk memotong paip PVC dengan tepat dan cepat.
o       Cara menggunakannya dengan betul :
-Kenakan roda pemotong pada tanda atau garisan pada batang paip yang hendak dipotong.
-Pegang badan atau bingkai pemotong paip dan pusingkan berulang – ulang kali. Pada                        masa yang sama, pusingkan tingkai pemulas supaya roda pemotong lebih dalam.
-Ulangi proses di atas beberapa kali sehingga batang paip terpotong.














·        RAGUM PAIP YOKE
DSCN0837





o       Kegunaan ragum paip yoke
-Untuk memegang dan mengapit paip supaya tidak berpusing semasa kerja – kerja                        membenang luar dijalankan.
-Untuk mengapit paip semasa menyambung dan memasang paip dengan bahan – bahan pemasangan.

·        KIKIR PARUT
at10_Pic105


at10_Pic83








o       Kikir parut berbentuk separuh bulat dan mempunyai gigi-gigi bagi meratakan .
o       Permukaan kayu dan membentuk lengkok..
o       Saiz kikir parut dikelaskan mengikut panjang kikir dari hujung ke tumitnya

            



KERJA PEMOTONGAN PAIP

-Pemotongan paip PVC


o      Peralatan yang digunakan:Pensil, meter pengukur, pemotong paip PVC/poli
 


 -ukuran paip 40cm dibuat dan ditanda menggunakan pensel dan meter pengukur.
 




-alat pemotong dibuka.




-pemotong diregangkan.





-paip pvc dimasukkan dalam bilah pemotong.




-pemotong digenggam dengan kuat untuk memastikan paip dipotong dengan kemas.



-pemotong digenggam sambil dipusing kebawah.



-genggam pemotong sehingga paip telah dipotong.




-Pemotongan Paip Bergalvani

o      Peralatan yang digunakan :Pensil,minyak pelincir, kikir rata, kikir bulat, meter pengukur, pemotong paip beroda

http://htmlimg4.scribdassets.com/3xzhpnfflswcdve/images/7-d3c17f302f.jpg

-.Ukuran paip bergalvani dibuat dan ditanda menggunakan pensil dan meter pengukur adalah 40cm.


         Masukkan batang paip ke dalam lubang ragum paip yoke untuk memegang apabila memotong.
                                


         Masukkan batang paip kedalam roda pemotong pada bahagian yang telah ditandakan.

         Letakkan minyak pelincir pada bahagian yang telah di Bahagian yang telah dipotong - potong
        Pemulas dipusing sehingga mencengkam lilitan paip dan pusing sehingga paip telah dipotong














         Bahagian yang telah dipotong dikikir dengan kikir rata dibahagian luar dan kikir bulat dibahagian dalam untuk menghilangkan gerigi pada paip besi bergalvani





















KESIMPULAN


Setelah melakukan kerja pemasangan pemotongan paip pvc dan paip bergalvani.  Perancangan perlulah diambilkira sebelum sesuatu kerja dilakukan. Ini penting bagi memastikan kerja pemotongan  tidak tergendala. Perancangan juga penting agar setiap proses kerja dapat dijalankan dengan lancar. Pemilihan jenis paip dan saiz paip juga perlu disesuaikan dengan penggunaannya. Pengujian adalah penting agar paip yang dibina dapat diketahui kelemahannya dan diperbaiki



















LAMPIRAN




















RUJUKAN

Di dalam menyiapkan laporan kerja-kerja amali paip ini, kami telah merujuk beberapa panduan..Antaranya:

pensyarah yang membantu dan menunjuk ajar ialah:

En. Mahmud Bin Taib


Buku teks Kemahiran Hidup Dan Bersepadu tingkatan 1.

http://www.wikipedia.com/kerjapaip 

http://www.scribd.com/reortpipe 

http://www.kejuruteraanawam.com 


http://www.google.com/doc/kerjuruteraanawam  


No comments:

Post a Comment